Thursday, March 17, 2011

Perkara Yg Aku Rasa Kita Patut Tahu Tp Salunya Kita Tak Tahu

Salam n hi.

Ya panjang tajuk itu. Aku mau berkongsi sedikit pengalaman aku tentang kesihatan diri sepanjang aku dah kawen 5 bulan neh. Aku berbadan sensitif. Siyes sensitif. 

Perubahan cuaca je aku demam.
Perubahan cara hidup je aku demam.
Perubahan persekitaran je aku demam.
Paling ketara perubahan hormon. 3 bulan aku demam baik demam baik.

List yg last tu aku tujukan perubahan hormon lepas kawen. Saper xder perubahan hormon lepas kawen angkat tangan. Oh xkan terjadi itu. 

Berdasarkan maklumat yg aku dapat dekat gugel dan perjumpaan aku dengan pakar sakit puan, lain org lain genetik lain adaptation. Semua org akan ada perubahan hormon lepas kawen. Ofkos laa meh. Korang intercourse, dah tentu hormon laki korang masuk dlm bdn korang and vice versa. Jangan xtahu, lelaki juga mengalami perubahan hormon cuma jarang diperkatakan. Paling senang nk tgk, selalunya suami akan berperut buncit lepas kawen.

Ada org langsung xder rasa langsung perubahan apa2 sebab badan dia mmg gagah dan kuat.

Ada org mak hoi gile sensitif mcm aku. Bulan pertama sakit tekak kaw2 nk telan pon payah. Bulan kedua demam panas. Bulan ketiga pening kepala terbaeekk pnya smp nk termuntah kt opis langsung aku MC.

Ada orang dari period normal, jadi xnormal dan vice versa.
Ada orang dari saiz XS jd XXL dan vice versa. 


Semuanya bergantung kpd genetik dan DNA badan seseorang.


Masa aku baru 4 bulan menikah, aku ada jumpe pakar sakit puan sb aku mengalami masive sakit pinggang dan cramping senggugut walopon period aku dah habis seminggu.

Input aku dapat = perubahan hormon sb lepas scanning bagai, sume normal. Saiz uterus normal dan kilang telur normal. 

Lalu aku tanyakan psal pregnancy. Jawapan doktor senang: Tengok sejarah famili.


Ada adik beradik perempuan x?
Kalo xder, genetik lebey kpd genetik mak atau ayah?


Jawapan aku: Aku tunggal pompuan, genetik byk ayah.


Seterusnya doktor tnya, tgk sepupu2 perempuan belah ayah, kebanyakkan mengandung time bile? Kebanyakkan ada x sakit2 3 4 bulan lepas kawen?


Jawapan aku: Bunting pelamin adelah xder. Kebanyakkan adelah mengandung dlm tempoh 6bulan hingga setahun tempoh kawen. Dan kebetulan sepupu aku yg tua setahun, selama 6 bulan berkahwin dia mengalami demam dan muntah2 yg maha dahsat atas faktor perubahan hormon.


Nah. Doktor ckp munkin aku ikot sepupu aku. Sb dalam famili, semua org akan ada gen yg sama, munkin byk, munkin sikit. Jadikan pengalaman adik beradik perempuan/ sepupu perempuan sebagai benchmark diri sendiri.


Kalo jadikan emak sbg benchmark pon bagus. Cuma benchmark ms pregnant. Munkin masa mak korang ngandungkan korang, mak korang xder loya2 dan muntah2. So munkin korang mcm tu gk.


Lagi satu pesanan doktor, kalo dlm ms sebulan dua pertama tempoh berkahwin ada sakit2 ke ape ke, jangan terus panik sb dah mmg itu lumrah lepas kawen. Dan doktor xkan entertain newlyweds yg mengadu lmbt pregnant kecuali tempoh berkahwin dah masuk setahun lebey.


Selalunya as default badan perempuan mengambil masa 2 hingga 6 bulan untuk serasi dengan hormon suami. Ada yg terus ok alhamdulillah. Mana yg kurang bernasib baik, jangan mengeluh jangan tensen sb itu mmg normal. Dan selalunya baby akan lekat bila hormon mak ayah dia dah serasi.


Jadinya kepada mana2 bakal pengantin yg ada baca entri neh, selain korang naik sheikh nk kawen, silalah ambil kira jugak mende2 neh lepas kawen. Kawen bukan setakat kawen tahu.

Semoga entri neh membantu kpd bakal kawen dan dah kawen.

Daaa.

3 comments:

Zariza said...

bagus entry nie..

yup betul la..za kawen dah masuk 3 bln..asik x sihat je...batuk demam berulang2..

sampai terkuar ayat : ' kawen nie asik sakit je ' isk..x baik betul..

skrg tgh berusaha untuk pregnant..lom ada tanda2 lg nie..

tp pas kawen..kad kuning hospital kerajaan tu..asik di cop every month..ubat pun makin berlambak dlm freezer..

mmg ketara betul perubahan hormon...

Xora said...

*Angkat tangan cam Usop hantu K.Limah-- goyang-goyang tangan..

aku takde perubahan hormon pun lepas kawin alhamdulillah.. ikut org kot.

Reen Tart Nenas said...

aku xtau la ada perubahan hormon ke tak, tp bdn aku naik pasal aku stop exercise n makan byk. ekekeke