Showing posts with label Tips Munkin Buley Diguna. Show all posts
Showing posts with label Tips Munkin Buley Diguna. Show all posts

Tuesday, April 12, 2011

Handle Pihak2 Berkaitan

Salm n hi.

Rentetan dari blog post Jorah yg ini, aku ingin berkongsi mcm mn mau deal ng pihak2 berkaitan semasa membeli rumah.


1. Pihak pemaju
Ok. Di sini mau aku bagitau satu nasihat, atas pengalaman sendiri jugak. Walopon kiter neh zero knowledge dlm bab2 rumah; jenis rumah leasehold/freehold, keluasan built-up, pasang siap atau guna batu bata satu2 dan sebagainya, sila jangan buta2 terus jumpe pemaju. Kurang2, luangkan sikit masa jumpe pakcik gugel atau bertanyakan pada org yg dah berpengalaman bab2 rumah neh.

Sebabnya, kurang2 kiter tidak kelihatan buta kayu atau perkataan kasar = bodoh masa mengadap pemaju. Bertuahnya aku ng encek suami aku aritu adelah aku heret skali bapak aku g jmpe pemaju masa nk seal the deal. 


Aku bagi satu ilmu yg aku ada = untuk SEMUA pembeli rumah yg PERTAMA, kerajaan memang kasi free itu LEGAL FEE & S&P FEE. Percuma tahu!! Oleh itu, sila jangan terpedaya jika sekiranya pemaju bersungguh2 ckp legal ng S&P fee tuh free. Dah memang free weh. Kalo beli rumah kedua/ ketiga dan seterusnya baru kene bayor.

2. Pihak bank
Oh pihak bank neh korang kene saiko sket. Jumpe orang bank akan membuatkan korang rasa dilayan mcm masuk kedai emas tp kalo stakat pkai slipar jepun, korang xkan dilayan. Haa mcm tu lah. Pengalaman aku = encek suami adelah bukan yg bergaya, kadang pkai slipar dah tercabut logo/ berseluar pendek je. Orang bank terus mls nk layan laki aku. Kat sini, aku bukan nk bias, tp munkin bahagian kitorg orang bank berbangsa Cina lebey elok layan kitorg dari yg bangsa Melayu. Munkin bahagian korang vice versa.


Kat sini, aku mau kasi beberapa tips yg MMG BERGUNA, bukan munkin berguna ohoho~


1. RHB bank adelah sgt2 strict. Korang lmbt bayar kete sebulan pon akan ditolak permohonan. Even encek suami dah lump sum abis bayar sume, resit pon ada, bank ini xmau amik port. Bank2 lain alhamdulillah terus process permohonan kitorg.


2. Bile permohonan dah lulus, deposit pon dah bayar kt pemaju, korang kene kejar deal antara lawyer ng bank (ini case korang xmasukkan lawyer fee dalam loan mcm kitorg). Sb kadang2 bank ng pemaju kawtim belakang saje je bank xrelease payment kt pemaju sebelum due date sb pemaju buley cas denda kt kiter (padahal salah bank, ini mmg tertulis dalam sume agreement). Sebab itu aku ng encek suami mcm orang gile hari2 tepon itu bank tanya dah release payment ke belum. Sebab ada member kitorg yg beli kt pemaju yg sama, cume bank berlainan, kene denda dekat ratus2 gk sb bank lmbat release payment. Alhamdulillah berkat kegilaan aku ng encek suami, bank release ikot time.

Berurusan dgn orang bank memerlukan kesabaran yg maxima. Betul xtipu. Hari2 tepon tanya status permohonanlah, status pembayaran lah, mcm2 lah.

3. Pihak KWSP
Oh pihak yg satu neh best. Xpening. Mmg ikot prosedur. Kitorg g KWSP cawangan Jalan Reko Kajang sana. Sgt2 membantu. Cume korang silalah ikot pre-requisite yg telah dicatatkan dalam borang. Borang pengeluaran akaun kedua neh korang buley download kt website KWSP.


Disebabkan kitorg joint loan, makanya both aku laki bini keluarkan akaun kedua masing2. Cuma dalam borang korang kene statekan penama pertama dan penama kedua. Sebab KWSP akan release duit penama pertama dahulu. Kejap je beb. Ritu kitorg g KWSP ari senin, ari rabu kitorg dah dpt duit dari penama pertama. Mggu depan dah dpt utk penama kedua. Amat pantas.


Sekian. Pihak2 di atas adelah pihak2 yg terlibat secara langsung ng urusan jual beli rumah korang. Senang je sebenarnya. Cuma leceh bab2 nk mengejar tanya status. Munkin tips2 aku dpt membantu korang.

Semoga berjaya!!

Daaa.

Thursday, March 17, 2011

Perkara Yg Aku Rasa Kita Patut Tahu Tp Salunya Kita Tak Tahu

Salam n hi.

Ya panjang tajuk itu. Aku mau berkongsi sedikit pengalaman aku tentang kesihatan diri sepanjang aku dah kawen 5 bulan neh. Aku berbadan sensitif. Siyes sensitif. 

Perubahan cuaca je aku demam.
Perubahan cara hidup je aku demam.
Perubahan persekitaran je aku demam.
Paling ketara perubahan hormon. 3 bulan aku demam baik demam baik.

List yg last tu aku tujukan perubahan hormon lepas kawen. Saper xder perubahan hormon lepas kawen angkat tangan. Oh xkan terjadi itu. 

Berdasarkan maklumat yg aku dapat dekat gugel dan perjumpaan aku dengan pakar sakit puan, lain org lain genetik lain adaptation. Semua org akan ada perubahan hormon lepas kawen. Ofkos laa meh. Korang intercourse, dah tentu hormon laki korang masuk dlm bdn korang and vice versa. Jangan xtahu, lelaki juga mengalami perubahan hormon cuma jarang diperkatakan. Paling senang nk tgk, selalunya suami akan berperut buncit lepas kawen.

Ada org langsung xder rasa langsung perubahan apa2 sebab badan dia mmg gagah dan kuat.

Ada org mak hoi gile sensitif mcm aku. Bulan pertama sakit tekak kaw2 nk telan pon payah. Bulan kedua demam panas. Bulan ketiga pening kepala terbaeekk pnya smp nk termuntah kt opis langsung aku MC.

Ada orang dari period normal, jadi xnormal dan vice versa.
Ada orang dari saiz XS jd XXL dan vice versa. 


Semuanya bergantung kpd genetik dan DNA badan seseorang.


Masa aku baru 4 bulan menikah, aku ada jumpe pakar sakit puan sb aku mengalami masive sakit pinggang dan cramping senggugut walopon period aku dah habis seminggu.

Input aku dapat = perubahan hormon sb lepas scanning bagai, sume normal. Saiz uterus normal dan kilang telur normal. 

Lalu aku tanyakan psal pregnancy. Jawapan doktor senang: Tengok sejarah famili.


Ada adik beradik perempuan x?
Kalo xder, genetik lebey kpd genetik mak atau ayah?


Jawapan aku: Aku tunggal pompuan, genetik byk ayah.


Seterusnya doktor tnya, tgk sepupu2 perempuan belah ayah, kebanyakkan mengandung time bile? Kebanyakkan ada x sakit2 3 4 bulan lepas kawen?


Jawapan aku: Bunting pelamin adelah xder. Kebanyakkan adelah mengandung dlm tempoh 6bulan hingga setahun tempoh kawen. Dan kebetulan sepupu aku yg tua setahun, selama 6 bulan berkahwin dia mengalami demam dan muntah2 yg maha dahsat atas faktor perubahan hormon.


Nah. Doktor ckp munkin aku ikot sepupu aku. Sb dalam famili, semua org akan ada gen yg sama, munkin byk, munkin sikit. Jadikan pengalaman adik beradik perempuan/ sepupu perempuan sebagai benchmark diri sendiri.


Kalo jadikan emak sbg benchmark pon bagus. Cuma benchmark ms pregnant. Munkin masa mak korang ngandungkan korang, mak korang xder loya2 dan muntah2. So munkin korang mcm tu gk.


Lagi satu pesanan doktor, kalo dlm ms sebulan dua pertama tempoh berkahwin ada sakit2 ke ape ke, jangan terus panik sb dah mmg itu lumrah lepas kawen. Dan doktor xkan entertain newlyweds yg mengadu lmbt pregnant kecuali tempoh berkahwin dah masuk setahun lebey.


Selalunya as default badan perempuan mengambil masa 2 hingga 6 bulan untuk serasi dengan hormon suami. Ada yg terus ok alhamdulillah. Mana yg kurang bernasib baik, jangan mengeluh jangan tensen sb itu mmg normal. Dan selalunya baby akan lekat bila hormon mak ayah dia dah serasi.


Jadinya kepada mana2 bakal pengantin yg ada baca entri neh, selain korang naik sheikh nk kawen, silalah ambil kira jugak mende2 neh lepas kawen. Kawen bukan setakat kawen tahu.

Semoga entri neh membantu kpd bakal kawen dan dah kawen.

Daaa.

Wednesday, February 16, 2011

Tips Untuk Bakal Suami

Salam n hi.

Jika sekiranya terdapat lelaki yg bakal menjadi laki orang atau pon yg dah kawen baca blog aku neh, di sini aku mau bubuh bbrp tips bagaimana anda buley mengambil hati isteri anda dengan mudah sekali.

1. Puji walopon masak xsedap.
Betul. Ini tips bukan main2. Jika sekiranya isteri anda mmg xreti memasak sebelum kawen then tetibe mau jadi chef terbaik untuk anda. Minggu2 pertama masak tumis air terlebey garam atau xboh garam langsung, masak kicap terlebey bubuh tepung menyebabkan kuah terlebey likat, masak sambal xgoreng sambal smp masak betul jadi terlalu pedas atau paling mudah terlebey goreng ayam smp hangus. Jangan terus menghukum, sebaliknya ckp je 'sedap yang' atau ayat laki aku salu bagi 'bini abg masak mistilah sedap' padahal hakikat tertawar sket lauk aku masak. Secara xlangsung pujian2 membina ini akan memberi motivasi kpd isteri anda utk terus maju ke hadapan. Dan aku berani jamin, seterusnya isteri anda akan sentiasa mau belajar memasak dan memperbaiki skill beliau. **Tips adelah pengalaman peribadi penulis dan sepupu beliau.

2. Dah makan kt luar masa tgh lepak ng kawan2, balik rumah tgk ada lauk isteri masak, jamahlah sikit.
Jangan terus ckp 'abang dah kenyang' atau ape2 yg sewaktu dengan maksod korang xnk makan. Jamah la sikit. Sesuap pon jadilah. Kurang2 penat lelah isteri korang kt dapo terbalas ng sesuap tu aje. Sebab tu badan laki aku bagai dipam pam sekarang ini. 


3. Offer diri membantu isteri.
Isteri neh as default akan suke melakukan aktiviti sebagai suri rumah yg tipikal bile dah kawen. Kemas rumah, masak, mop lantai, lipat kain, basuh kain dan sebagainya. Oleh itu aku mau sarankan offerkanlah diri korang utk sama2 membanting tulang mcm tolong basuhkan porch rumah, tolong basuhkan kete isteri, tolong basuh pinggan lepas makan, buat spring cleaning rumah bersama2 atau apa2 kerja sekalipon. Nescaya isteri korang akan menghargai usaha baik korang. Jangan bagi alasan anda penat bekeje 5 kali seari untuk mengelat. Ada isteri yg juge bekeje 5 kali seari seperti anda.


4. Layan borak isteri anda.
Atau dengan kata lain, jadilah pendengar yg baik. Isteri neh as default banyak ckp dari suami, membebel dia mmg number onelah. Layankan aje dia berckp. Tadah telinga pon jadilah.

5. Jangan bagi ayat berunsur negatif.
Let say isteri anda sudah bagai dipam pam badan beliau atas faktor gembire makan byk lalu lemak2 sudah mule berkeliaran di keliling badan. Tolonglah jangan guna perkataan seperti 'apesal ada lemak kt sini, dulu b4 kawen selim aje'. Wahh ko mmg carik nahas. Cube guna ayat diplomasi seperti 'jom joging nak, ley sehatkan badan kiter, kiter pon dah lama x eksesais' atau 'jom kurangkan makan, mana tau nnt awak buley muat balik baju tunang awak aritu'. Walopon mcm sinikal, tp kurang2 tidaklah terlalu direct to the point yg rata2 kita tau pompuan suke dengar ayat bunga2.


Dah. 5 cukup. Yg nombor satu ng nombor dua tu mmg pengalaman aku. Jujur bukan. Yg lenlain adelah berdasarkan pemerhatian aku. 


Kene ingat, rumahtangga bukan semata2 menghalalkan ape yg haram. Ia adelah ibadah dan hubungan suami isteri memerlukan kejesama yg baik dari kedua2 belah pihak.


Daaa.

Friday, February 11, 2011

Off Pregnancy

Salam n hi.

Oh tidaaakk.. guwe belom mempunyai benih cinta lagi dalam rahim guwe. Munkin rezeki belom tiba. Cuma masa bulan 11 ritu aku mengalami chemical pregnancy. Nak tau ape tu? Gugel sendiri. Aku malas nk cite.

Stress? Sket tu ada aa. Lama2 ok. Mcm mn buley ok? Meh aku share kata2 positive dari encek suami mahupon kepale otak aku sendiri pk centuh.

1. Tuhan lebey tahu kemampuan diri aku dan encek suami
Start bulan 11 sampai la january baru2 neh, kami stress memikirkan hal menguruskan pembelian rumah. Gado ng org bank, berlari kesana sini menguruskan borang2 dan mcm2 lagi. Jadinya, aku pk bagus gk tidak pregnant dlm jangka masa sehingga bulan lepas sb let say aku neh pregnant plus muntah2 kaw2, perut cramp kaw2, susah gk nk menguruskan hal2 berkaitan rumah.

2. Badan aku masih lagi cuba beradaptasi ng hormon suami
Oh tetiap bulan aku sakit2. Cuma start abis period bulan 1 sehingga aku start period awal mggu arituh, aku sudah mule menunjukkan ciri2 pemulihan. Tiada sakit2. Kalo x, demam panas, pening kepala smp nk pitam dan mcm2 lagi. Kazen aku ckp time dia dulu lepas kawen smp la 6 bulan tempoh kawen, tetiap bulan demam panas + muntah2 mcm org peknen. Padahal xpon. Semuanya atas sebab badan mau beradaptasi ng hormon suami.

3. Memanjangkan lagi waktu untuk menjadi isteri yg terbaik untuk suami
Haa ini aku pk sendiri. Aku pikir, jikalau aku pregnant awal plus morning sickness kaw2 dan apa2 sewaktu dgnnya, munkin peratus untuk aku meningkatkan tahap ke'best'an menjadi isteri yg best akan berkurangan. Oleh itu sementara tengah idop berdua neh, aku berusaha sehabis daya aku untuk suami.


4. Have a better sex life and enjoy it~
Jujur bukan. Ahahahah!!~ Sile elaborate sendiri.

Apa2 pon aku tetap maukan benih kasih sayang kami akan menjadi. Tetiap bulan usaha kaw2 baik punya. Tapi aku ng encek suami tetap bare dalam kepala otak kitorg bahawasanya Tuhan mempunyai perancangan yg rapi kepada umatNya.

Kepada mana2 pengantin baru yg terasa stress bile org dok tanya2 soklan yg kiter xsuke, aku buley nasihatkan - Tuhan lebey tahu nape kiter xpregnant sekarang. Sementara belom ada isi, korang buley spend time berdua dengan lebey mantap lagi. Ohohoho!~


P/s: Usaha tangga kejayaan!!

Daaa.

Thursday, February 10, 2011

Ampat Bulan Meehh

Salam n hi.

Waaa akhirnya aku wat post baru setelah sekian lamanya aku jadi pemalas tegar. Jorah, lihat ini. Aku wat post baru weh. Sila wat kenduri kesyukuran.


Okeh. Ekceli aku tertarik mau kembali membelogkan diri ini ari sb post jorah yg ini. Menarik bukan. Semua tips yg diberi adalah sgt2 berguna. Malahan aku juga mempraktikkannya. Oleh yg demikian, aku mau menokok tambah beberapa item yg aku praktik sepanjang dah 4 bulan aku idop berlaki.

1. Bertolak ansur. 
Sungguh random stetment itu. Disini aku narrow down kpd item di bawah.

Jangan TIDAK pedulikan mertua anda. Kitorg laki bini tgh tngu rumah siap 2012. Lambat lagi, sebab itu dari kitorg membazir beberapa ratus bayar sewa rumah, baik kitorg dok umah parents aku. Nape dok umah parents aku, sebab umah parents laki aku jauh nun johor sana. Logik x alasan. Oleh sb itu, aku berusaha utk bertolak ansur ng laki aku supaya tetiap bulan menggagahkan diri balik johor. Jauh pon jauh la. Sb tetiap ari encek suami dok ngadap muke mak bapak aku, adik aku lagi. Xkan aku xbley nk konsider balik umah parents dia sebulan sekali. Jadinya nasihat aku utk bakal pengantin, jika mertua org jauh, lawatlah mereka koman2 dua bulan sekali ke, bergantung kepada bajet anda. Jgn kejam memisahkan anak (suami anda) dengan mak bapak mereka.


2. Guna perkataan TOLONG. Jika sekiranya kiter terlalu sibuk menguruskan rumahtangga mcm memasak, kemas rumah, basuh baju, lipat kain, basuh porch, xsalah untuk kiter mintak tlg encek suami membantu meringankan tulang. Cumanya janganlah hanya ckp - 'lipat kain tu bang' atau 'basuh bilik air tu bang' dan seumpamanya. Lebih manis dan beradap jika kiter ckp - 'tolong saya buley x bang?' atau 'tolong basuhkan bilik air buley x, mekaseh!!~' dan seumpamanya. Xder la mendidih telinge suami dengar kiter mcm mengarah.


3. Sentiasa berbincang. Hatta hal sekecik kutu rambut korang. Itulah guna idop berlaki bini. Ape guna berkahwin tapi xreti duduk bermesyuwarah. Aku praktikkan, walopon sekadar untuk beli blouse, aku akan bincang ng laki aku tapi xder la sampai duduk bersila kt ladies dept jd ahli mesorat bilik fitting. Sekurang2nya, aku tau encek suami berkenan atau tidak ng ape aku beli. Sekali aku bekenan terus aku beli, balik umah kene kondem, xke gado nnt? Haa mende2 bincang neh buley meminimakan aktiviti bergado dan bermasam muka.


4. Jangan buat ape suami xsuka. Ala2 tips no 3 di atas. Ingat, ape2 yg kiter buat, kiter harus fikirkan suami kiter. Berdosa kiter equals to berdosa suami kiter. 


5. Maniskan diri di hadapan suami. Baik. Sekalipun kiter neh xreti bermekap, sekali pon kiter neh bukan high mentenen, sekalipun kiter neh bukan pakai barang2 branded, akan tetapi semenggahkanlah diri di hadapan suami. Sebelum kawen ritu, mak ng mak andak aku pesan, dah kawen pon kene pandai berhias. Paling koman pon kemas dan tidak selekeh walopon di rumah. Bile aku peratikan mak ng mak andak aku, kata2 depa bukan setakat berkata2. Mmg itu yg depa buat. Kalo baju kelawar mak aku dah koyak/ hampir lusuh, terus mak aku tukar baru. Bukan xbuley pakai baju kelawar kt rumah tp jgnla dah koyak belah ketiak tu korang pakai lagi.

Aku rasa, neh je la kot buat masa sekarang. Berkahwin itu manis, tp jangan amik kesempatan bile suami dok ckp - abang xkesah. 

Sebab, kene ingt lelaki secara basis adelah tertarik dengan perempuan melalui mata. Miskin mcm mana pon perempuan itu, tp kalo lawa/ manis pada pandangan lelaki, dia akan otomatik tertarik.

Perempuan tertarik ng lelaki melalui telinge. Huduh mcm mn pon lelaki itu tp kalo hebat bagi ayat manis kalah gula, perempuan suke dengar. 


Ini aku belajar masa kursus kawen dulu dan aku peratikan ianya betul. Tp ingt, ianya basis. Sebenarnya ada byk lagi sebab nape adam dan hawa tertarik antara satu sama lain bukan.


Daaa.

Friday, November 12, 2010

Warna Mata

Salam n hi.

Aku rabun mata kanan 325 mata kiri 300. Jadinya aku perlu mata tambahan yakni spek. Kalo kawen xkan nk pkai spek ye tak. Jadinya masa sebelum aku bertunang ritu, Xora the Great telah mencadangkan supaya aku pkai kontek lens. 

Ohhh dl aku ngeri sb otak aku pk, kontek lens itu buley berputar ke belakang mata lalu sesat ke otak. Kreatif bukan pikiran aku?

Tp atas dorongan dan sokongan padu dari Xora, gagah gigih perkasa aku try pkai. Dan alhamdulillah aku selesa.

Warna atau clear?

Depends kt korang. Aku suka kaler2 tambah2 lagi kalo Hazel Brown dari Freshlook. Aku sesuai ng kaler tersebut. Walopon ada setgh mbr aku cakap muke aku nampak garang, tp pedulikkan semua itu. Ohohoho!~

Sebabnya aku tak ambik kesah adelah aku telah membuat experimentasi ng kontek lens berwarna ini. Anak mata asal aku berwarna tidak ke arah kehitaman, tidak juga ke arah kecoklatan. Di tengah2.

Secara logik, kalo pkai lens kaler Hazel Brown, mata akan bertambah coklat. Yaa ini betul pada minggu PERTAMA pemakaian lens (xkesah kaler ape pon). Sebabnya, lepas bbrp ari, lens akan blend kaler ng kaler mata yg asal.

Jadinya, setelah bbrp bulan aku wat experimen neh, aku berkeputusan untuk start pkai lens baru seminggu tanpa henti sebelum majlis. Tanpa henti mksod = hari2 kecuali hari sabtu aku nk kasi mata aku berehat.

Hasil = warna mata aku xterlalu coklat di luar dan di dalam gambar.


Gambar 1 - raya bebaru neh. Lens adelah baru bukak dari packaging. Efek kuat juga sb flash kamera.



Gambar seterusnya - majlis akad dan walimah. Lihat. Tidaklah pekat warna Hazel Brown itu bukan, just nice.


Kalo tidak tahu warna apa yg sesuai ng muka korang, kalo rajin tetiap bulan try tukar2 warna kaler (kalo sanggup aa).


Alhamdulillah, aku suke ng penampilan muke aku masa majlis akad dan walimah aritu.


Daaa.

Monday, September 13, 2010

Mentenen

Salam n hi.

MAINTENANCE 

Oh bukan mentenen kete. Bukan mentenen rumah. Dia adelah mentenen badan utk suami.

Aku = kurus sekeping, xder curve, pesen out of date, sume2lah yg huduh tp aku selesa dan bersyukur.

Aku dah mule mengumpul maklumat2 penting pasal mentenen badan dari ujung rambut ke ujung kaki dari orang2 yg buley dipercayai. Juge berdasarkan observation aku.

Dulu aku ada penah borak ilmiah ng sorang lelaki yakni seorang sahabat baik yg sudah berkahwin dan alhamdulillah masjid beliau sudah ada twins yg comel2. Dia ada berkata bahwasanya - walopon isteri itu bertudung, baju longgar2, kaki pkai stokin, tangan pkai stongan, tp xsemestinya isteri itu perlu selekeh bile dalam rumah.

Suami tetap imam keluarga. Ketua keluarga. Isteri bekeje kerana niat mahu meringankan beban suami (bape ramai isteri zaman skg niat mcm tuh, aku pon kene muhasabah diri pk kan mende neh). 

Beliau menasihatkan kalo buley jaga penampilan. Apelah salahnya mencarik masa memanjakan badan utk kegunaan suami nnt. Suami yg penat bekeje carik nafkah nak2 plak mcm encek bakal suami yg bekeje ikot shift, kadang2 kol 2 3 pagi baru balik, xkan sampai2 umah tgk bini subhanallah mak lampir lagi cun.

Seorang rakan sepejabat penah komplen ckp sejak isteri beliau beranak, prestasi sudah menurun. Badan pon curve lari, xjaga. Nak kata bekeje x, duduk rumah. Aku mule2 terkedu gk masa mamat neh citer mende gile neh kt aku ng encek bakal suami. Balik tuh aku berdiskusi ng encek bakal suami yg mulanya aku object keras2an tindakan mamat opis aku komplen psl bini dia - ingat nk beranak tuh senang ke hape, suke2 komplen?

Encek bakal suami amik langkah tengah2. Setuju ng aku dan setuju ng mamat opis aku. 

Setuju ng aku = kalo dah tau mcm tuh, carikkanlah jamu2 yg buley upkan balik prestasi ke ape ke. Carikkan apa2 yg buley bentukkan balik curve badan bini itu.


Setuju ng mamat opis = suami penat balik rumah kalo buley maukan seorang isteri yg buley melayan beliau. Bukan melayan nafsu semata, tp turut menjaga penampilan diri. Mata suami pon wajib dijaga. Xkan balik rumah tgk bini hai..nak makan takot selera ilang.


Encek bakal suami penah sound aku. Kalo masa bercinta, bertunang mekap kemain, bergaya kemain tp pas kawen, pas beranak sume out. Jgn jadikan sebok jaga anak sebagai alasan xbley nk lawa+kemas mcm dl.


Encek bakal suami ckp xperlu nak mekap bagai, cuma sekurang2nya kemas dan tidak selekeh. Kalo buley, biarlah orang tgk isteri dia kemas dan bersih. Dia memberi pendapat peribadi beliau kenapa orang lelaki "makan luar" walopon ada isteri kt umah yg buley digunakan.


Suami sudah tidak kenal/ nampak perempuan yg dia nikahi dulu.

Masa kenal+nikah = cun, kemas, sume mende jaga.

Lepas bertahun2 = isteri sudah tidak menjaga semua. 

Apa2 pon semua berbalik pada taste suami/ isteri tersebut. Jika suami xkesah isteri xjaga badan, pesen out of date, xper. Tp orang lelaki neh aneh. Orang lelaki sendiri ckp kt aku - walopon kitorg xcakap, tp korang isteri sendere paham2lah, xkan xmoh kemas dan lawa mcm mule2 kenal dl.

Aku amik kata2 seorang ustazah masa aku ng encek bakal suami p kursus kawen dulu. 


Lelaki tertarik dan jatuh cinta melalui mata - tuh pasal lelaki suka ushar2 pompuan hot2 sb ley cuci mata. Mereka salunya memandang luaran.


Perempuan tertarik dan jatuh cinta melalui telinga - huduh mcm mn pon lelaki itu, kalo ayat manis insyaAllah lekat. Sebab perempuan sukakan puji2an.

Jadinya, dengan mengambil iktibar dari nasihat2 dan observation aku, start tahun lepas ekceli aku sudah mule mementen diri aku. Terutamanya rambut dan muka.

Rambut - Derreck & Team kt Mines. Servis tiptop. Kalo jd member, setiap kali datang dpt 20% diskaun. Banyak tuh beb.


Muka - Herbaline Mines. Servis tiptop gak. Aku ng 2 orang dak opis aku adelah pelanggan tetap. Encek bakal suami amat2 berpuas ati ng muke aku. Jerawat degil kt dahi makin kurang.


Badan - aku tibai je mandi lulur Puteri Binari. Sental sendere kt umah. Jimat belanja.

Mak aku pon ckp, sedikit sebanyak kalo menten diri neh, salunya suami akan perasan dan dalam diam2 dorang ekceli sgt2 menghargai usaha kiter. Kalo sudah berpuluh tahun kawen, salunya suami sendere yg akan belikan barang2 yg kiter perlukan utk menten diri ini.


Hubungan suami isteri luas aspek yg perlu dikaver. Hati harus tabah, sabar harus tinggi, kerjasama harus utuh.


Untuk diri sendiri gak, encek bakal suami tetap seorang lelaki biasa. Banyak mende yg perlu kitorg berdua lakukan utk menten mcam2 mende dalam rumahtangga.

Daaa.

26 & Ipar Duai

Salam n hi.

Fuhyoooo ticker kt sebelah amat best!!~ Sudah xder month2. Suma dah start bantai weeks.

Di atas adelah kalendar opis. Lihat. Aku mmg rajin salu pangkah2. Hanya tinggal 26 HARI SAHAJA lagi. Hanya ada 3 KALI AHAD SAHAJA lagi.

Perasaan:
Sudah mule pk macam2. Sempat ke x nk prepare segala mak nenek barang ng keperluan kenduri.

Semalam encek bakal suami baru nk mula cuti raya. Sebelum bertolak balik Batu Pahat sempat beliau datang rumah bersalam2an ng bakal mertua beliau ng adik aku.

Ropenya bakal mama aku ada tempah hiasan bunga untuk bilik pengantin dekat kawan bakal abang ipar aku. Sangat2 simple dan sweet aku tgk. Jujur ckp aku xtau sebenarnya konsep majlis kt sana nnt. Yg aku tau kaler pepel. Tu je. Aku xsure kalo2 famili belah sana ada mix match ng kaler2 len. So neh encek bakal suami bawak balik kampung dan beliau sudah asek cakap - sah2. Deyyy brader, rilek2. Yg nk ckp sah2 tuh saksi hokey.


Pulang ke kampung sempena raya neh pon banyak nasihat2 dari elders famili aku kutip.


Buley dikatakan sume rumah aku g, sume isi rumah kasik nasihat terutamanya saudara melaka. Semalam beraya kt shah alam rumah Pakcik Jenal, berbakul syarahan dia bagi. 


Secara kesimpulannya, bile aku digest sume2 nasihat, basic isi kandungan adelah sama - jaga hubungan yg baik dengan mertua dan ipar duai.

Haa bab neh aku jadikan emak aku sebagai idola. Mak aku dah kawen ng bapak selama 35 tahun. Lama bukan. Selama neh aku salu peratikan cara mak aku bawak diri kalo balik melaka ataupon berkunjungan ke rumah ipar2 dia.

1. Buah tangan xpenah miss. Sama ada home made cake atau beli saja.
2. Bahasa sgt2 mak aku jaga. Walopon makcik2 aku tgh galak bergosip pasal ape saja, salunya mak aku diam, senyum dan tidak menyampuk.


Mak aku sedia maklum, mulut orang melaka subhanallah laser ko. Mak aku plak pesen soft spoken. Tapi yg membuatkan mak aku sangat2 selesa ng depa adelah depa xpenah laser mak aku beranak lambat. Parents aku nikah tahun 1975, aku lahir 1984. Sila wat matematik sendiri. Kakak PAID masa aku hantar borang nikah pon tekejut siap tnya - neh betul ke neh 1975?

Kakak2 bapak salu ckp kt mak - anak itu rezeki. Bile depa dpt tau mak aku peknen, fuuhh berbakul2 makanan kesihatan depa belikan. Orang singapore sanggup turun damansara melawat mak aku beranak (dulu aku dok sana b4 pindah serdang umo setahun). Masa aku lahir, berbakul2 mainan aku dapat. Nak2 muke aku potostat muke bapak. Rambut ofkos2 aku ikot bapak.

Tips mak aku bagi - masa mule2 kawen, kalo kene usik ke, kene bahan ke, tahan aje. Jangan xpasal2 merajuk ng tarik muke. Kalo ipar2 dan mertua tgk kiter ley adapt, ekceli dorang akan bertambah sayang dan respek.

Tips satu lagi - jangan ikot bergosip. Dengar saja. Kalo dorang tgk kiter hanya senyum dan x tambah lagi minyak dalam api, dorang akan respek kiter.

Sebab, kiter xtau macam mana orang keliling kiter judge kiter. Mak aku pon ekceli xtau ape ipar2 dia judge dia. Tp aku buley nampak ipar2 mak aku sgt2 selesa ng mak aku. Selesa bercerita sb mak aku pendengar yg baik.

Alhamdulillah, untuk bahagian mak aku, mak aku mendapat ipar duai yg baik2 ati. Mak pon ada ckp, kiter bukan kawen seari 2, sebulan 2, setahun 2. Kiter kawen kalo izin Allah, kiter nak sampai mati dan jumpe balik kt syurga sebagai suami isteri semula. Sebab tu hubungan ipar duai wajib dijaga.

Aku punya kes lagi haru. Ipar aku sume lelaki. Ini menunjukkan bakal mertua aku hanya akan menerima semua menantu perempuan. Mak aku pesan, jangan cepat cemburu. Kawal perasaan. Jangan cepat bajet mertua sayang menantu perempuan lain lebey. Kalo kiter ada terkecikkan ati ipar, cepat2 resolve. Sebab, kiter bukan kawen ng suami je tp ng keluarga beliau.

Pakcik Jenal aku kt Shah Alam ckp - kalo ko jaga hubungan ko ng ipar2 mertua ko, sampai mati dorang sume anggap ko anak dorang sendiri, bahkan munkin akan sayang ko lebey dari anak sendiri.

Erm, aku berkongsi ini dengan korang dengan harapan kiter semua akan menjalin hubungan yg baik ng famili the other half kiter. Lagipon, persiapan majlis kawen bukan sekadar material - pelamin, mekap, baju, kenduri. Tapi juge merangkumi aspek2 mental dan perasaan yang akan ditempuhi berpuluh2 tahun akan datang.


Daaa.

Friday, August 20, 2010

Prosedur Permohonan Berkahwin

Salam n hi.

Ahahahahahah aku suke gilak post jorah psl mak bedah. 

Kebetulan bbrp minggu yg lepas aku ng mak aku baru je lepas menyenarai dan menghapal dialog2 yg perlu utk aku ng mak aku jawab kt makcik2 aku yg bedah bedah neh (wahai radiah, ko kenal bukan mereka, sungguh dasat smp aku ng induk kene hapal jawapan!!~). Jawapan yg sekata adalah penting agar tidak timbul kekeliruan biler kitorg jawab soklan2 cepu cemas nnt.


Ok entri neh aku rasa nk share pasal pengalaman aku berjumpe PPN - Penolong Pendaftar Nikah mukim aku arituh. Kemarin sempat berkongsi pengalaman ng sorang g sahabat b2b yakni jorah sb beliau mukim sama ng aku.


So, di bawah adelah step2 yg telah aku lalui. Aku melalui step2 di bawah ini yg salu dilalui oleh pengantin2 negeri selangor n to be exact, mukim serdang:


1. Pastikan bakal encek suami sudah selesai menguruskan borang kebenaran nikah beliau. 


2. Pastikan encek bakal suami bagi aku SEMUA dokumen2 yg wajib
2.1 Surat Kebenaran Berkahwin dari PAID Kajang, dah siap cop2 sume
2.2 Borang Kebenaran Berkahwin yg lengkap
2.3 HIV Test - asal & salinan
2.4 Surat Akuan Bujang - asal & salinan
2.5 Sijil Kursus Kahwin - asal & salinan


3. Aku isi SEMUA borang
3.1 Borang 2A - Borang Kebenaran Berkahwin
3.2 Borang 2B - Borang Wali/ Wakalah


4. Aku lampirkan SEMUA dokumen2 yg wajib
4.1 Salinan IC aku - 2 keping
4.2 Salinan IC wali (bapak aku) - 2 keping
4.3 Salinan IC saksi borang 1 & 2 - 2 keping
4.4 Borang 2A & 2B
4.5 HIV Test - asal & salinan
4.6 Sijil Kursus Kahwin - asal & salinan
4.7 Salinan surat nikah mak bapak aku - khas utk pengantin yg perempuan sulung/ wali adelah abang sulung
**Aku bukan permastautin, jadinya aku tidak perlu ada surat2 sah mastautin sume2 tuh.


5. Set appointment ng jurunikah - Pakcik Halim
5.1 Set appointment ng saksi 1 - pakcik aku
5.2 Set appointment ng saksi 2 - pakcik aku gak
**Saksi2 borang xperlu sedara mara sebenarnya. Jiran tetangga/ kawan2 pon buley (lelaki). Mcm encek bakal suami, saksi borang beliau adelah abang sulung & jiran sebelah rumah.

6. Jumpe jurunikah pada masa yg dah diappointmentkan
6.1 Beliau akan periksa sume borang2
6.2 Borak2 gelak2 rope2nya pakcik2 aku adelah member2 baik jurunikah tersebut
6.3 Baca akuan seperti yg tercatit dalam Borang 2A mukasurat 2. Semua kene baca - pengantin, wali, saksi2. Lepas baca baru buley sign dekat mukasurat 3.
6.4 Jurunikah akan baca akuan beliau pulak. 
6.5 Bapak aku sign Borang 2B - Wali depan jurunikah.
6.6 Jurunikah cop2 sume2 borang, susun2 ikot susunan.
6.7 Bergantung kt jurunikah korang. Mcm jurunikah aku, dia dah kenal pakcik aku. So, dia terus lantik sorang pakcik aku untuk jadi saksi nikah bersama2 beliau.
6.8 Jurunikah soh aku proceed g PAID Shah Alam bersama2 encek bakal suami. Aku ekceli xpaham nape encek bakal suami pon kene ikot sb aku rasa ni bahagian pompuan tp lepas aku tanya mantan pengantin yakni mbr aku, dia ckp laki dia dulu kene sign ape nth.
**Aku xder interview. Selangor rasanya xder.


7. Jurunikah soh aku ingtkan encek bakal suami bahawasanya upah nikah adelah RM160. Siler bayar lepas nikah.


8. Lepas selesai sume, aku potostat SEMUA borang2 yang dah lengkap untuk simpanan aku. Kenang-kenangan. Chewaaah.

9. Kalo korang nak maklumat lanjut sila layari laman web tertaip: JAIS


Sekian, terima kasut. Semoga dapat membantu serba sedikit korang2 di luar sana.


Daaa.

Tuesday, August 17, 2010

Senarai Utk 2 3 Ari Sebelum Majlis

Salam n hi.

Baiklah. Walopon aku xkawen lagi, tp alhamdulillah sedare mare ramai yg dah kawen. Dan berdasarkan pengalaman jd AJK majlis sama ada kuat atau suam2 kuku, aku buley draftkan perjalanan pekerjaan sepanjang 2 ari dan ari kejadian majlis itu.

Untuk majlis aku yg berlokasi di rumah, kerja2 kuat majlis akan bermula dari ari khamis 07/10/10.


Khamis 07/10/10
1. InsyaAllah aku dah mula cuti.
2. Sudah mula mengemas ruang tamu. Keluarkan apa2 dokumen2 penting dari almari ruang tamu dan simpan di tempat selamat. Almari2 ini tidak akan dialih sb berat dan mmg berada di dinding2.
3. Sudah kawtim sama sepupuku si radiah itu yg juga akan angkut adik beliau si anis itu utk sesi pkai inai malam nnt. Awal bukan? Xper, kalo xmerah, ada lagi buffer 2 ari utk merahkan inai.


Jumaat 08/10/10
1. InsyaAllah rangka pelamin akan dipasang pada ari jumaat. Bunga adelah bunga idop. Jadinya bunga hanya akan dipasang sabtu petang/ malam. 
2. Sudah mula mengemas bilik pengantin. Tebuk mana2 lubang letak cangkuk nk gantung juntai2 kristal.
3. G pasar malam beli buah untuk hantaran.


Sabtu 09/10/10
1. Mau buli radiah dengan mengangkut beliau ke PKNS Bangi beli bunga idop untuk sirih junjung dan hiasan bilik pengantin.
2. G amik kek hantaran kt kedai kek Bakery's Cottage.
3. Racik bunga rampai. G masjid amik bunga nk boh dalam bunga rampai.
4. Display hantaran. Pehh ayat. Bukan. Bukan display. Tp display la gak kan. Siapkan sume boh atas dulang. Cantik2kan hantaran.
5. InsyaAllah mak aku wat baca2 doa sket. 
6. Pagi kol 10 insyaAllah katering sampai utk pasang khemah scallop bagai sume.
7. Petang/ malam bunga idop pelamin akan dipasang.
8. Masukkan gula2 dalam plastik. Siapla korang sepupu2ku. Aku mau jadi mandur arah itu ini. Kata pengantin.
9. Call Pakcik Halim remind aku nikah kol 930AM.
10. Siapkan bilik pengantin.
11. Malam2 bute adik aku bersama konco2 akan g cacak penanda arah.
12. Bergosip2 bersama kazen2 sekalian.
13. Call mak andam utk pengesahan waktu kedatangan pagi esok.
14. Asingkan bahulu utk tetamu. Label kotak.
15. Rebus dan masukkan telur dalam bunga pahar dan bunga telur VIP.



Ahad 10/10/10 
KAWEN!!~ Ye ye ye ye!~


Munkin korang ley amik senarai neh gk utk saper2 yg kepale mcm aku.

Daaa.

Wednesday, August 4, 2010

Urusan Jemputan

Salam n hi.

Erm td ada bc satu entri b2b - mysarah. Beliau kelihatan risau bab2 menjemput tetamu.

Erm. Jujur ckp aku pon mule2 mcm hang gk. 

Kang xjmput orang tuh, kecik ati padahal ms dia kawen dia jmput kiter.
Kang xjmput orang tuh, kecik ati sb dia besfren encek bakal suami.

Dan mcm2 lagi smp aku neh migrain (ya aku neh pemikir tegar).


Sebab tuh ada sesi diskusi yg dasat bersama mak bapak dan encek bakal suami.


Oleh itu keputusan yg diambil = jmputan adelah orang yg terapat dan salu kontek2 saja.


Dan aku ada advice yg munkin buley diambil kire:

Utamakan jemputan di kalangan saudara2 & sahabat2 ibu bapa kiter (keputusan diambil sendiri oleh aku). Kenape? Wokeh meh aku citer. Untuk kalangan kaum melayu dahulu kala, kiter pon tau anak2 dara adelah tidak byk kawan (dok dalam umah, masak2 dan wat keje2 umah). Biler berkahwin, selalunya pasangan adelah pilihan ibu bapa. 

Zaman berubah. Skang neh kiter kawen ng pilihan sendiri. Ibu bapa semakin open minded. Tp ada sesetengah mende yg aku rs kiter perlu amik kire yakni menjaga ati ibu bapa.


Kenduri kawen selalunya atas bahu ibu bapa (incuding me). As for them, ini adelah kenduri menerima orang baru dalam keluarga, meraikan perkahwinan anak mereka, memperkenalkan menantu baru dalam keluarga.

**Kenduri di sini adelah kenduri makan2 tuh, pasang khemah bagai, book dewan sume.

Untuk kes aku (munkin buley diaplikasikan utk anda2 di luar sana), aku anak sulung tunggal pompuan, adik laki sorang, so kami sepasang anak mak bapak kami. Memandangkan parents aku amat terbuka menerima encek bakal suami sebagai bakal menantu yg akan jaga aku sampai mati, memandangkan parents aku amat terbuka menerima idea2 aku tentang perjalanan majlis (pemilihan hantaran, warna, baju, design kad dan byk lagi), jadinya aku membuka hati aku utk mengutamakan tetamu dari kalangan saudara2 dan sahabat2 parents aku.


Lagipon, kenduri kawen ini adelah utk parents aku meraikan aku dan bakal menantu mereka, utk parents aku menghebahkan depa dah dpt menantu sulung, utk parents aku berjumpe kembali ng saudara2 dan sahabat2 yg berpuluh tahun xjumpe.


Dan bile lagi aku mau pleasekan ati parents aku. Lepas kawen byk masa akan dihabiskan dengan bakal suami. Bukan lepas kawen putus hubungan, apedaaa korang jgn pk centuh. Cuma lepas kawen, famili sudah expand, aku juge berkahwin ng famili encek bakal suami. Jadinya biarlah jemputan kenduri nnt akan menggembirakan ati parents aku.

Mende yg sama aku ckp kt adik aku. Dia munkin akan berkahwin 10 tahun dari sekarang (dia laki, umo baru 22). Tp aku da pesan sesiap, pape pon utamakan hati mak bapak dl sebelum ati sendiri dan ati orang lain sb mak bapak kiter dah byk tolerate dari segi perjalanan majlis.

Oh pjg sungguh entri ini. Semuga dpt membantu mana yg perlu. Dan anda xperlu bersetuju 100% sb masing2 ada pendapat masing2.

P/s: Oh baidewei, kiter xkan mampu puaskan ati sume orang, janji hati parents kiter puas.

Daaa.

Tuesday, March 2, 2010

Oh Da Setel! and Few Booking Tips~

Salam n hi.

Dengan sukacite diumumkan:
1. Bunge tolo den dah siap!!~ Aku da siap bungkus dlm kotak printer n bubuh atas almari pinggan.


2. Sudah selesai urusan membooking n membayar deposit utk hotel. Alhamdulillah..Disini ada tips2 utk korg xrs ditipu ms ari kejadian check in.

Pnh terjadi kes dimana bile check in pihak pengurusan hotel ckp - xder pon bayar atau kami tidak menerima apa2 dokumen tentang tempahan encek.



Oh dialog2 di atas amat xbest. Jadinya, aku share sedikit pengalaman aku jd ajk utk tugas booking hotel/ payment term & condition. Aku pnh gk tekena, jdnya lesson learned di situ.


1. Jika korang berkomunikasi pkai email, amatlah ye AMATLAH -  AKU SIAP BOLD DAN CAPS LOCKKAN, penting utk korang print outkan sesi komunikasi korang. Tolonglah print!! (sungguh xsangka aku merayu plak). Ini penting utk dijadikan bahan bukti kalo2 ada mslh ms check in.


2. Jika sekiranya ms korang berkomunikasi, korang ada bbrp permintaan/ mende yg nk mintak tukar. Let say payment term & condition. Oh amatlah penting utk korang mintak/ tuntut kt pihak hotel atau mana2 pihak yg berkenaan utk email/fax balik revised term & condition. Jika tiada black & white amatlah besar peluang utk korang dikencing oleh pihak2 yg x bertanggungjawab.


3. Jika korang dah setel sume, setuju ng syarat2, tibelah msnya utk korang byr deposit. Salunya pihak hotel atau mana2 pihak yg berkenaan akn bubuh due date bile ley bayar. Ini standard. Jgn buat2 tekejut tapir bile depa bg due date. Ini mmg bisnes. Amatlah penting korang ikot kata2 depa. Jika sekiranya nk mintak extend, lakukan spt yg ditaip kt no2. Takot2 nnt kalo korang bajet ley suke2 byr & due date itu hnya sekadar kata2, munkin korang xkan dpt balik best price yg korang dpt ms deal ritu.


4. Utk aku, aku pilih cash deposit instead aku wat o9 transaction. Ontah. Aku neh kolot sket, tp xla smp gagah p kaunter bank wat payment. Tips di sini adelah: bila da setel wat transaction, akn kuar slip bukan. Sila simpan slip n biasenya kiter kne fax/ scan then email slip itu kpd pihak hotel atau mana2 pihak yg berkenaan. Ini mmg prosedur biase. Jgn mengamuk xtentu hala bile pihak hotel atau mana2 pihak yg berkenaan mintak korang fax/ email. Ini penting utk depa pnya rekod n korang pnya rekod.


5. Sambungan no4 (pjg sgt no4 jdnya aku wat perenggan baru). Bile dah fax/ email jgnlah la plak korang jd bijaksana p buang slip itu. Carik pasal ke hape. Sila simpan ye. Jika mau lagi tersusun, wat filing (ye aku bekeje dgn file, jdnya terimplement dlm real life aku). Dlm file neh buley simpan skali segala mak nenek email yg aku citer kt no1. Ini penting bangat. Ms p hanimun jgn lupe bwk segale mak nenek brg2 neh td. Skema pon skema aa beb. Jnji kiter xdikencing ms kt reservation kaunter hotel nnt.


6. Kiter kne pk negatip kdg2. Let say korang terhilang/ terbuang slip transaction atau ape2 slip berkaitan duit, dan let say pihak saner pon tertiber bley plak terhilang/ terbuang/ terdelete segala rekod korang, haa saper nk jawab. Takot nnt pihak hotel atau mana2 pihak yg berkenaan xapprove reservation korang, munkin depa letak xtra charge ke hape ke.


Dah. Tuh je. Ekceli kiter mintak yg baik2 je kan, xmo ada gado2 atau ape2 drama swasta ng pihak hotel atau mana2 pihak yg berkenaan. Tips2 di atas juge buley diimplement utk vendor2 ms korang prepare nk kawen. Same steps.

Aku mmg implement utk sume vendor aku (ekceli ada 1 je vendor sb 1 stop centre..ohohohooh), asal p diskusi ke hape ke, aku mmg bawak resit2 payment n segala mak nenek dokumen berkenaan. Smp akak bridal n brader katering ckp - awak neh sgt rigid ye. Aku hnya mampu sengeh n jawab - saya amik gen bapak. Dia mmg mcm neh (bapak aku org akaun, jd bab2 duit2 neh dia mcm sgtttttttttttt detail).

Dan encek tunang sgt2 kontra dari aku. Resit ape sume men buang sukati jek. Perffekk sungguhhhhh~~


Daaa.

Wednesday, November 18, 2009

Pre - Wedding: Tips

Salam n hi.

Seperti yg diketahui umum, sabtu 24/10/2009 lepas aku ada sesi pre wedding.

Ms pre wed tu aku dpt byk pengajaran dan juge pengalaman. Suka cite dimklumkan aku ingin berkongsi bbrp pengajaran yg lebey kpd tips2 kpd korang2 yg nk wat pre wedding.

**Diingatkan bhw ini adelah tips dari pengalaman aku. Buley diimplement bg mereka2 yg mcm kitorg.

Sebelum tuh, aku nk kasitau jgn tekejut kalo tgk op2 (op = official photographer) terbaring, tertelangkup, terguling2, tertiarap, terkangkang, dan segale mcm ter2 lagik sb itu da mmg keje2 depa. Aku xterkejut sb da menonton dari bbrp thn yg lepas op2 akn ada mcm2 aksi. Encek tunang je yg agk - waaaa smp centuh ye yang dia amik gmbo.

Same goes to abg rashdi. Smp naik kotor baju. Tp salunye org2 neh xkesah. Itulah dinamakan passion with photography~~

Amik gmbo plak bg aku ada 2 kategori; live dan xlive.
Live = gmbo diambik scr live ms kejadian berlaku. Cth: Gmbo real time yg diambik ms akad nikah berjalan. Gmbo real time ms suami sarungkan cincin ke jari isteri.
X Live = Ko kne posing maut sama ada atas arahan atau tnpe arahan op.

Dan jgn xpecaye, kategori ke2 yg salu bermslh kpd aku ng encek tunang. Aku rs berlaku gk kt saper2 kt luar saner.

Tips 1:
Skg neh zaman moden berintenet. Kalo ada ms + rajin, apelah salahnye jmpe pkck gugel, carik kt dia gmbo2 posing yg diinginkan. Berlambak ada. Lagi 1, kalo bertmbh rajin, save dan print gmbo2 tuh, tnjuk kt op. Nt depa akn phm2 sndiri yg korg nk mcm tuh.

Tips 2:
Ms aku shoot ritu, aku br belajar yg xsemestinye op akn salu ikot bontot korang. Mcm kes aku, abg rashdi soh aku ng encek tunang pnjat bukit kt padang ragut tuh, jalan stret, pastu belok kanan menuju ke sebatang pokok yg korg nmpk neh:
Ms kitorg gagah pnjat smbil mengelak taik2 lembu yg bersepah, op aku lpk kt bawah smbil menghalakan camera kt kitorg. Mknenye, segale perbuatan x semenggah korg sama ada tgh lari ke, lompat2 ke, jalan tergedik2 ke, sume akn dishoot. Setiap inci pergerakan korg akn disnap. Sb, kadang2 gmbo yg xsemenggah tuhla gmbo yg tercantik dan terbaik. Mcm gmbo kt atas, aku xtau pon dia amik centuh, smp la ms rehat take 5, dia tnjuk siap ckp - korg ley wat poster gmbo neh.

Tips 3:
Ms aku ng encek tunang mcm da sedar diri bahawasanya setiap pergerakan akn disnap, barulah masing2 tau ape yg perlu dilakukan selanjutnye. Sbg cth: kejap2 tuko posisi duduk, kejap2 gelak tnpe sebab dan sebagainye. Jgn hnye kaku pd 1 pose saje. Try wat aksi2 len.

Tips 4:
Ayat jujur lagi penting dari abg rashdi:
Nuri feeling tu dah ada, tp takib agk ketat + keras. Ko rilek je..santai2..jgn pressure.
Mksod kate2 jujur dia adelah, dia sndiri pasan encek tunang kurang pasti mcm mn nk posing dlm pd ms yg samer meluahkan perasaan melalui body language. Perlu diingat disini bahawasanya gmbo xdek suara ye kawan2. Hnye ada pergerakan statik yg memerlukan perasaan yg diluahkan menerusi gerak langkah korang.

Tips 5:
Kitorg pasan yg abg rashdi salu sebut - korg borak2 smbil gelak2 tau. Borak je ape saje yg penting senyum selebar munkin dan nmpk gigi. Ms sejam pertame shoot, kitorg senyum yg mmg senyum lebar tahap max. Smp nek keras pipi n lenguh mulut dok senyum xbenti. Rsnye time tu yg abg rashdi tgk kitorg agk keras, terus kasik nasihat mcm kt atas tuh. Kt sini perlukan otak korang berfikir secare kritis dan aktif ape yg nk dibualkan sb xnk la dlm gmbo asek senyum jek. Nnt ada gk gmbo korg yg candid tgh betulkan songkok/ tudung pasangan korang.

Tips 6:
Utk pompuan2 yg mcm aku yakni perangai lepas laku, gelak kuat2 mcm pontianak nk terberak, haruslah dari skrang belajar cara2 bagaimana nk senyum secare ayu dan anggun. MMG AKU TENSEN KNE SENYUM MCM RATU KORANG TAU!!! Smp sorg sahabat tegor aku pas tgk gmbo pre wed - tu senyum buat2 ke ape? Dushhh!! Mmg betul senyum ayu lagi anggun aku tuh senyum yg fake. Amat fake. Sb aku xreti nk kontrol muke aku utk senyum ayu lagi anggun. Jadinye aku sudah set dlm kepale utk blaja senyum sorang ratu yg bahagia dpt laki.

Tips 7 (tips ini khas utk pasangan yg terbuka dlm hubungan bf/gf):
Jika tunang anda xkesah la laki ke pompuan, kalo korang da pasan yg pasangan korg mmg kaku+keras ms amik gmbo, pujuk lah dia utk belajar amik gmbo scr gembire dan riang ria. Salunye org yg kaku+keras sb depa segan nk posing2 dpn kamera. Xsilap aku, aku ng encek tunang overcome mslh neh ms kt taman botani. Jgn segan2 utk amik gmbo berhugging atau pegang tangan atau berguro senda. Buat je ape yg korang salu wat ms dating. Sb jujur aku akui, walopon famili kitorg ber2 akn bangkang 100% aksi2 manja dlm gmbo pre wed kitorg, nk xnk kitorg pon kne jujur ng diri sndiri. Tidak perlu hipokrit. Mn2 op yg berpengalaman akn tnye, korg buley pgg2 tangan x? Mcm kitorg, abg rashdi tnye sb takot pose yg disuruh, kitorg xnk wat. Aku jwb ng pantas lagi jujur - buley2. Bg aku, mn2 op yg aku knl agk terbuka dlm soal neh. Kdg2 ada kapel yg mmg betul2 jaga batas sume. Jdnye pose yg diambil agk terbatas kpd pose sopan santun.

Tips 8:
Jgn malu2 utk bg idea kpd op. Kadang2 idea tu dtg on the spot. Ini mmg terjadi kt kitorg. Ms kt taman botani area rumah arab, abg rashdi soh kitorg membelakangi sesama sendere. Tapi aku membelakangi kamera sb nk shoot gmbo kitorg melekat kt dinding. Op salunye akn suke kapel yg buley bg idea. Bak kate abg rashdi - kreatif itu bagus.

Tips 9:
Kalo buley, jumpelah op anda sebelum berlangsungnye ari shoot. Aku ritu xsempat jumpe tp hnye berym dan msg2 ng dia. At least, the day before, salunye op akn ckp ape yg nk dibawa. Dlm kes aku, aku nk genre klasik dlm salah satu konsep. Jdnye brg2 yg nk dibawa haruslah menepati konsep klasik. Malangnye aku xdpt carik vespa/ kete klasik/ ape2 yg klasik. Dan lagi haru aku lgsg x ingt yg umah aku ada radio klasik zaman jepun. Time nk iron baju br ternampak radio tuh atas almari pinggan mangkuk. Teringt ms makan2 raya ritu, kawan2 lelaki aku sedikit kagum umh aku ada radio tuh. Seterika arang pon ada tau!! Akhernye radio tu walopon da rosak, tp akhernye berfungi pd zaman aku skg sbg props!~

Sekian. Ingt nk bg 10 tips, tp mcm byk sgt plak. Ahahahahah!~ Kalo korg rs tips2 tu buley diimplement, silakan. Semoga dpt membantu dlm pre wedding shoot korang!!

**Ekceli bkn pre wedding je, ms outdoor pon ley wat gk.

Daaa.