Wednesday, November 17, 2010

Walimah Jorah v2

Salam n hi.

Walopon jorah dah dekat 2 mggu jadi bini orang, rasanya aku org last yg aplod gmbo kawen dia. Ampuuunnn~

Sebelum jorah tibe, sempat jejak kaseh ng member skolah yg duduk sebelah aku ms darjah 6, Nabihah. Jorah dalam kelas duduk barisan lain.

Lepas makan, encek suami p amik angin segar dari ladang Dunhill beliau. Aku lepak kt ruang legar bersama:

1. Reen Tart Nenas dan Wan.

2. Izzah yg jumpe kalo ada knduri kawen. Shima yg bersungguh suroh orang tulis dalam gesbuk.

3. Ketibaan Jorah. Sempat abg beliau, Awi kelam kabut sb kompang xtibe2 laie. Gambar mcm haram gelap.
 
 

4. Bile tgk pelamin kosong, xder ramai orang amik gmbo ng Jorah, lantas aku tarik laki aku utk bergmbo atas pelamin. Dey dey dey, kitorg pengantin fresh from the oven lagi hape.

5. Nity the gojes!!~ Aku suke seketul bunge kt kepale dia. 

Selesai sudah. 

Daaa.

Menghayati Madu v2

Salam n hi.

Selamat berkorban. 

21 October 2010

Ofkos pepagi bekfas dl. Malam sebelum tuh pack barang2 yg munkin diperlukan time Island Hopping. Encek suami pesen menjaga keselamatan wallet, kamera. Jadinya beliau bubuh sume barang2 kitorg dalam beg plastik. Bawak bagpack utk isi baju spare kot2 la terasa nk tukar baju yg basah pas mandi laut.

Org tour janji kol 9AM utk pick up kitorg dari hotel terus ke jetty. Mmg punctual. Singgah 2 3 tmpat utk pick up org len yg juge merupakan psangan2 hanimun. Kitorg kapel2 hanimun folo trip yg sama, so satu bot ada 4 kapel inai masih merah kt jari.

1. Pulau Dayang Bunting. Nice. Tp azab bile nk daki tangga2. Semput beta.
Sampai2 tasik, ada satu kolam kecik dia buh ikan keli. Korang ley rendam kaki dalam tu n buat fish spa. Layaaan~ Korang ley gak sewa basikal air (oh aku xtau ape namo mondo tuh), utk pusing2 satu tasik.
 
 
 
 
 

2. Tepat sejam, naik bot lalu menuju Pulau Singa Besar. Again, sudah lain, tidak lagi singgah atas pulau mcm dl. Skang neh dia lepak tgh2 lagun, n kasik helang makan. Gambo xder.

3. Menuju pula Pulau Beras Basah. Laayaannn beb!~ Pasir dia masih cantik mcm aku datang 10 tahun dulu. Buley mandi manda ofkos. Awasss juge. Ada monyet2 kurang asam beromen dpn aku ng encek suami. Ciskek sungguh bagi freeshow. Sejam juge lepak sini. Oh ye. Instead of korang mandi manda, ada juge aktiviti yg naik belon besar then ada bot tarik. Ape jadah nth name khas dia aku xtau.
 
 
 
Pulang ke pangkal jalan dihantar oleh van ke hotel. Rehat2. 

Pas zohor, kuar ke Pantai Cenang utk lunch dekat kedai makan berdepan ng Underwater World. Oh hakiki mmg aku ng encek suami amat suke menatang laut. Nak2 ada ikan besar, lagi besar dari encek suami (aik??).
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ada baaaanyyaaaakkk lagi gambo tp aku boh sket je la eh. Selesai tgk menatang laut, saja p jenjalan kt shopping mall kt jeti. Tetibe tershopping baju plak.

Mcm biasa, dlm kol 5 da sampai hotel. Malam dinner kt Pantai Cenang lagi.

Nt aku sambung ari keempat bile2 aku rajin k.

Daaa.

Monday, November 15, 2010

Wedding of the Year

Salam n hi.

Ada orang rasa jakun bile kiter ada blog
Bertambah jakun bile blog itu psl blog kawen
Secara otomatik dalam otak mereka, mereka bajet wedding kiter adelah:
Mahal
Gempak
Vogue the Vass
Grand the Walaweh


Padahal hakikat:
Semata2 mahu berkongsi idea
Berkongsi pendapat


Tidak lebey dari itu. Tidak juga utk menunjuk2 atau riak. Cume semata2 utk berkongsi ng orang2 yg ada impian dan harapan yang sama:

Perkahwinan yang sempurna kt mata pengantin itu sendiri.



Tidak semua orang mampu dipuaskan. Betol tak? 
Tidak semua orang sokong keputusan kiter. Betol tak?


Tapi xperlulah sampai kejelesan dan mengutuk di belakang. **Sigh**


Aku wat preparation setahun setengah kot (lebey munkin), sb sebelum bertunang lagi aku dah ke hulu ke hilir survey harga barang dan macam2 lagi.


Kami bukan berasal dari keluarga mewah
Bukan berasal dari keluarga kayap rayap
Bukan berasal dari keluarga berpangkat


Dan tidaklah terlalu miskin hina. Alhamdulillah atas rezeki yg ada.

Apa yang korang nampak ms majlis aku, itu aku usahakan sendiri. Bayar sendiri. Uruskan sendiri. Bapak aku kurang sihat. Adik laki aku jenis yang buley menolong dari segi kerja2 berat dan kasar. Cume yang ada mak dan aku.

2 ketul manusia neh la yg berusaha keras uruskan majlis. Saudara2 dan sepupu terapat juga menolong. Alhamdulillah.

Wedding of the year? Alhamdulillah. Orang yg tidak berkenaan perli wedding aku wedding of the year, hanya sebab ada:
Pre-wedding
Wedding official photographer, siap g outdoor photoshoot
Saudara mara, sahabat handai terbaik yang memeriahkan majlis
Saudara jauh dari negara orang turun malaysia

Padahal ape yg dilistkan di atas itu adelah lumrah majlis kecuali yg no1 - pre-wedding yg munkin trend baru nk diterima kt malaysia.

Kehidupan lepas berkahwin amat indah. Tp kadang2 jadi masam kelat2 payau sb orang2 luar yang tidak berkenaan lalu masuk campur dalam perkara2 yg sepatutnya tidak dicampuri.

Korang2 bakal2 pengantin nnt, tabahkanlah hati kalo ada anasir2 yg tidak berkenaan cube menggalaukan rumahtangga korang nnt. Pekakkan telinga, sebab kalo ikotkan sgt mulut2 xder insurans takaful neh, munkin akan bergoyang2 masjid korang.

Itu yg cube aku ng encek suami usahakan.
Usahakan utk idop berdua dengan lebey baik. Munkin bertiga insyaAllah, doa2kanlah. Hehe.
Usahakan utk idop harmoni dengan mertua, ipar duai.
Usahakan utk mendapat keberkatan Allah dalam idop berumahtangga.

Bebaru neh baca entri berguna Perempuan Jomblo.

Walopon dah berkahwin, kiter tidak layak utk memperkatakan tentang perkahwinan/ rumahtangga orang lain.

P/s: Kepada stalker2 di luar sana, cermin dl rumahtangga sendiri. Sebab, kalo suke sgt mengata rumahtangga orang, kelak rumahtangga sendiri tidak terjaga. Allah itu Maha Kuasa.

Sunday, November 14, 2010

Menghayati Madu v1

Salam n hi.

Skg nk citer psl hanimun. Eh2 terus skip mjlis bertandang?Oh aku berkeputusan utk tidak menceritakan perihal majlis bertandang bagi menghormati majlis yg dianjurkan oleh keluarga mertua. Cuma aku simpulkan bahawasanya meriah dengan xder letrik dari subuh smp tghari majlis!!!~

Lokasi makan madu = Langkawi. Bile org dgr kami laki bini mau berhanimun di langkawi, xkurang yg kata:

Hekeleh langkawi je? Xder class.
Ape je ada kt langkawi? Sgt xmenarik.
Apesal x g jauh sket? 

Reason pemilihan langkawi:

Reason poyo - layan aa dulu tmpt2 dalam msia sblum jengah tmpt org.
Reason menghormati suami - suami maukan langkawi sb dia tidak yakin utk makan di negara org. Beliau sgt menjaga apa saja yg akan masuk dalam perut.

Oleh itu, disebabkan aku dah berkali2 ke langkawi, jadinya sedikit sebanyak aku tau tmpt2 yg buley dilawati, dan kebetulan time hanimun adelah birthday ke 27 encek suami, aku ng gagah gigih uruskan semua:

1. Flight tickets - AirAsia. Kebetulan time aku login, tambang pergi hanya RM3. Terus aku sambar.

2. Hotel aku tibai amik Langkasuka Hotel dekat Padang Matsirat sana. Haa neh Xora tau mcm mn aku meroyan mak lampir bile lagi 2 bulan nk g hanimun aku br dpt tau hotel itu sedang renovet padahal deposit aku sudah bayar. Rope2nya Langkasuka Hotel sgt menjaga customer, mereka telah siap2 daftarkan aku dekat One Helang Hotel, yakni hotel yg partnership ng depa. One Helang sedikit mahal dari Langkasuka tp ofkos aku dpt hrge yg aku dah book kt Langkasuka. Best!~ 


One Hotel adelah seminit berjalan kaki dari airport. Siyes xtipu. Kuar pintu airport, terus nampak hotel. Jalan kaki saja. Jimat duit teksi RM10. Yg bagusnya walopon sebelah berjiran ng airport tp langsung xdengar bunyi bising airplane. Senyaaapppp je. Aku suke betol.

Kesemua di atas aku book bulan March arituh. Awal bukan. Aku mmg suke wat keje awal2 sb xmoh terkocoh2 last menet.

Kitorg berlepas ke langkawi 19 Oct dan hanya pulang on 23rd = 5 ari 4 malam. Lama? Sengaja mau duduk lama2 sb xmoh terkocoh2 berjalan2. Kitorg maukan percutian yg relax, tenang, mau berehat2.

Jadual harian kt Langkawi (implemented dekat semua hari kecuali ari Sabtu):
- Pagi bekfas kt hotel. Mmg dah include dalam pekej. Toksah susah payah carik bekfas sb kalo bercuti time bukan cuti skolah, langkawi mcm ala2 pekan mati gk.


- Lepas bekfas terus shoot jalan2. Langkawi adelah pulau yg cenonet je. Xsilap aku, kalo pusing satu pulau tanpa berhenti kt mana2, dalam dua jam setel.


- Lokasi utk berjalan pada waktu pagi kitorg pilih utk amik tempat2 yg sejalan. Xder patah2 balik. PERINGATAN! Kitorg buley wat xder patah2 balik sb kitorg ada 3 ari full utk explore (tolak ketibaan ari selasa, ng bertolak pulang ari sabtu)


- Petang dlm kol 4, balik hotel utk lepak2 dalam bilik berehat2.


- Malam mmg lepak Pantai Cenang explore sume kedai makan yg ada.


Entri akan dipecahkan mengikut hari.


19 October 2010
Adik aku ng mbr dia antar g LCCT. Flight kol 2.05PM. Sharp sejam kitorg smp langkawi kul 3.05PM. Sampai2 terus jalan kaki g hotel (5 menet), check-in. Kol 3.30PM dah melepak dalam bilik.


Malam kuar g Pantai Cenang. Peeehhh terkujat2 aku tgk Pantai Cenang dah bertambh glemer. Last pegi time kompeni trip 2008, Cenang tidaklah semeriah ini. Byk cois kedai seafood. Dinner seafood kt Restoran Hj Jelani. Layaaaannn makan tepi pantai. Tp jgn terkejut tgk pelayan adelah arbok Thai pkai kebaya siyes lagi lawa dari real pompuan.


20 October 2010
Bekfas kt hotel. Tngu smp kol 9AM smp booth tour kt lobby hotel bukak. Kitorg nk book Island Hopping - Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah & Pulau Singa Besar utk kitorg g hari esoknya 21 Oct. Depa akan arrange van amik dari hotel, bawak ke jetty, naik bot, round2 3 pulau tadi, then hantarkan balik ke hotel. 1 pax = RM60.


Org tour itu suggest g Mangrove Tour kt Tanjung Rhu sb encek suami ckp beliau sgt sukakan alam sekitar. Org itu terus kasi contact number sorang brader kt Tanjung Rhu utk handle kitorg.


Lepas dpt contact number, borak2 jp, kitorg janji utk ke sana lepas layan Cable Car  kt Gunung Machinchang. Oh sgt la sadis. Ropenya ari rabu Cable Car hanya dibukak kol 12PM bukan 10AM atas faktor mentenen. Xper aa, terus shoot g Tanjung Rhu. Kol brader td yg bernama Botak. Sgt2 frenli. Terus dia explain mana tmpt akan dibawa time Mangrove Tour. Ok. Kt sini kitorg disajes utk sewa 1 bot utk kitorg sahaja. 1 bot = RM350. Tp dsbbkan kitorg Malaysian then tgh hanimun so discounted price are given. Bape hrge xbley citer kt sini. Hehe.


Peeehhh harga di bayar amat berbaloi2!!~ Munkin sb kami berdua pencinta alam sekitar. Naik bot berdua n dgr capten bot bercerite psl tmpt2 yg disinggah.



Peratikan betul2. Mcm muke kingkong x?

1. Bekas relau buat arang. Singgah tepi je xturun. Dl org Thai jadikan tmpt neh utk wat arang. Skg da xbley sb UNISCO dah jadikan tmpt neh Geoforest Park.
 


2. Benti tgh2 sungai, campak kulit ayam utk kasi helang makan. Jgn takot. Helang ini xserang org. Best!~
 
 


3. Seterusnya capten saja bawak g jumpe kawan lama encek suami (eh??). Tips: jgn tayang plastik makanan, monyet2 neh pandai berenang lalu merampas plastik2 korang tnpe belas kasihan.
 
 
 


4. Pastu g kolam ikan. Peehhh mmg layan pegang 3 ekor ikan pari yg kiut. Encek bakal suami amat enjoy datang sini sb dia mmg minat ikan. Encek yang kasi penerangan juge adelah peramah.
 
 Ini adelah belangkas (terbalik).

  Ini adelah belangkas (atas).

 
 
 
Keempat2 gambar di atas adelah gambar kami pegang ikan pari. Jgn takot jgn riso, depa xder nye nk geget korang.


Ada byk lagi ikan mcm siakap, kurau, sumpit.


5. Dari sini kami ke Gua Kelawar. Ngeri sket sb gelap pastu kelawar tergantung2 kt atas kepala.
 
 

6. Balik ikot laut. Peeehhh gugur jantung kejap tgk ombak menari2. Capten muke relek je. Yolah dah biasa ek. Kesemua aktiviti di atas mengambil masa 2 jam sahaja. Bile2 buley pegi xmcm Island Hopping kene ikot group. Yang neh korang ley bantai je pegi ati kering bot kompem ada.


Seterusnya, terus shoot g Pekan Kuah sb kebetulan engineer kedah ada log kt langkawi. Ley lepak jap pas dia abis log, lunch sesama. Hantar dia balik jeti lalu jalan2 jap kt Dataran Helang.
 

Ondewei nak balik hotel kitorang melencong jap g Makam Mahsuri. Oh amatlah berlainan sekali Makam Mahsuri skg. Dulu aku g masa form 3, xder lagi tembok2 besar mengelilingi makam. Siap ley duduk sebelah makam n amik gmbar. Sekarang tidak lagi. Hanya mampu berdiri di luar tembok.
 
 Muke dah penat gilak.

 
Sebelah makam ada sawah.



Pulang ke hotel berehat2. Pas maghrib g dinner kt Pantai Cenang ofkos.

P/s: Sengaja tak amik pekej hanimun yg ada candle light dinner bagai sb rasa mcm poyo. Ahahahaha!~ No offence ofkos. Memasing ada cara memasing.

Nanti bile rajin, aku up plak hari ketiga hanimun.

Daaa.