Thursday, September 30, 2010

Puluh Sudah Menjadi Sa = 9 Hari

Salam n hi.

Perasaan:

Berkobar kobar
Tak sabar
Neves
Tangan asik berpeluh dari isnin lepas
Rindu tetibe kt bakal ayah mertua


Haa yg last skali tu tetibe rasa mcm tuh bile semalam encek bakal suami ckp bakal ayah mertua kene gout. Bakal ayah mertua aku kiut. Siyes xtipu. Bile korang melihat warga emas yg 65-yr-old & above, korang akan rasa mcm aku rasa.


Kiut bile tgk bersungguh2 encek bakal suami tegah ayah dia jgn makan makanan yg bukan2 sb faktor kesihatan. Kiut bile tgk bakal ayah mertua ckp - alaaa sikit jeeee~~, sambil wat muke xbersalah. Ini kejadian benar2 terjadi depan mata masa bulan dua ritu, masa abang encek bakal suami nk bertunang ritu.

Masa aku bertunang ritu, bakal ayah mertua xdapat hadir sb perut dia sakit yg amat, asik ke toilet xbenti2. Jadinya esoknya gagah aku g kajang nk berkenalan ng bakal ayah mertua. Kiut bile mule2 jumpe dia terus hulur tangan nk salam. Rasa diterima sangat2.

Semalam encek bakal suami ckp, bakal ayah mertua bersungguh2 jaga diri sb dia ckp - ko masa bertunang aku xdpt g dik, aku nk gak datang time ko nikah nnt. Oh terlupe, bakal ayah mertua menghidap strok sejak bbrp tahun yg lalu tp skang dah gigih berjalan pkai tongkat.

Bakal mama mertua ckp bakal ayah aku tuh dah amik injektion. Skang neh tgh berehat2. 


Cepat sembuh ye ayah.

K lah. Sekain cerita di pagi yg gerimis2 ini.

Daaa.

Wednesday, September 29, 2010

Saploh Saploh!!!~

Salam n hi.

Waaaa kejap je lagik neh!!~

Ahad minggu neh tido sorang2
Ahad minggu depan tido berdua

Ahahahahaahahaaha!~ Giler aku gatal nak mati skang neh.

Ape progress?

1. Skrip da siap. Esok email sama itu Acaii. Ingt next week mau jumpe dia finalized perjalanan majlis sume.

2. Senarai tugas2 sudah siap jugak. Ari sabtu 9/10 akan ada meeting kt umah berpengerusikan Pak Uda aku.


3. Aku giler rasa xsabar nk tukar cadar katil ape sume.


4. Sabtu malam neh testing inai daun + inai mekah dari jorah tersayang. Ingt radiah, misi kiter untuk kasi merah itu inai.


5. Lagu-lagu untuk dimainkan masa majlis pon da selesai disaring.


6. Sabtu ini lepas mak aku g marhaban cukur jambul cucu jiran aku, kitorg akan shoot ke bangi ke gudang untuk borong gula-gula.


7. Tido aku tetap lena. 


8. Tgh addict lagu adinda - lah ahmad.


Daaa.

Monday, September 27, 2010

12 Hari dan Satu Kali Ahad Saja Lagi

Salam n hi.

Apaaa?? Doblas ari laie??? Okeh.

Aku sedang nebes
Aku sedang serabut

1. Sebab td borak2 SMS ng Acaii Jawa bahawasanya 10/10 UPM ada konvo. Okeh dah nampak bahawanya jalan akan gila babeng jem.

2. Sebab semalam call bridal, first fitting hanya akan bermula rabu mggu depan, 5 ari sebelum majlis sb sabtu neh ada orang pakai baju tuh.

3. Sebab inai aku terai tidak merah!!~ Oren dan beransur ilang!!~ Dan buh limau ape segala bagai xjalan gk. Oleh itu sabtu ini kawtim sama itu radiah mau test inai daun plak. Jorah tersayang akan kasi itu inai mekah, ini malamgk aku terai.

Aku ada lege sket

1. Sebab semua dulang2 hantaran sudah ada kt rumah. Sabtu lepas Kaklong Zela hantar dulang2 yg aku nak pinjam. Alas2 dulang dah lama setel.

2. Sebab bilik pengantin dah cantik. Tinggal mau tukar cadar pengantin ng buh jurai2 kristal.

3. Sebab rumah dah siap kemas.

4. Sebab kad sudah selesai dipos.

5. Sebab almari baju sudah sparekan tmpt utk isi baju encek bakal suami<-- ada gedik2 gatal di sini.

6. Sebab tinggal ada satu kali ahad sahaja lagi!!~ Yeay!!~ Semoga dipermudahkan semuanya ya Allah.

Balik neh mau singgah kedai lampu nk beli lampu meja hiasan boh kt bilik pengantin.

Cuti sudah approve!~ Yeay!~ Tapi sebelum nikah, aku xdpt cuti, keje menimbun. Xpe, yg penting lepas nikah aku cuti 2 minggu.

Encek bakal suami pon dah mule kelam kabut. Bukan kabut ape pon, dia nebes nk lafaz nikah. Chayok!!~

Daaa.

Friday, September 24, 2010

Penanda Arah

Salam n hi.

Eh eh 15 ari je lagi?

Semalam bapak da selamat menyetelkan penanda arah. Beberapa bulan yg lepas, aku poyo2 maukan penanda arah yg bersaiz A3. Mudah dilihat. Aku siap da print sekeping dan tunjuk kt bapak. Mule2 bapak setuju lalu aku sengeh gila gembire. Akan tetapi nitemare datang bile bapak ckp - besau sgr la along, saiz A4 pon nampak ape. Dah, kiter guna saiz A4 je. T__T

Okeh. Last week gigih aku stadi peta serdang nk tgk kt mana buley aku boh penanda arah. last week gk aku print out sume penanda sb adik aku da potong plywood ikot saiz A4. Bapak mau setel cpt sb xmoh kabut last menet.

Korang biasa tgkkan kt penanda arah salunya ada bunga manggar sehelai dua. AKu jua buat begitu. Instead of selotep bunga manggar itu dekat kayu, bapak aku ada idea lain.

Lekatkan straw kt kayu dan masukkkan bunga manggar itu dekat straw.
Amik masking tape, lalu lekatkan straw di tengah2.

Lalu, lekatkan straw dekat kayu.

Tadaa.

Semalam dah dpt juge design bunting. Mekaseh Pak Uda dan Kak Rin di atas sponsor itu. Ohohohoho~ Kak Rin adelah sepupu yg buatkan kad kawen.

Daaa.

Wednesday, September 22, 2010

Sweet 17

Salam n hi.

Bukan aku bertambah mude dengan tajuk Sweet 17. Itu adelah baki hari sebelum ijab dan qabul.

Disini mau berkongsi sesuatu dengan anda2 semua. Apa Yang Ada Dekat Kenduri Kawen Orang Lain Yang InsyaAllah Tidak Akan Ada Time Kenduri Aku.

1. Merenjis. Aku dan encek bakal suami kurang menggemari aktiviti ini. Alhamdulillah mak bapak aku xsuke aktiviti merenjis. Selalunya kalo mak aku dipanggil merenjis pengantin, mak aku hnya akan pergi bersalaman sahaja. Dia xsuka ekceli. Dan nasib baik juga parents encek bakal suami mmg xsuka juga aktiviti merenjis. Tp xkesah jika ada pelamin. Oleh itu time majlis aku nnt, instead of merenjis, akan ada acara bersalaman ng pengantin atas pelamin.

2. Majlis Khatam Al-Quran. Tiada majlis ini. Mak bapak aku pon decide xnak ada sb nk kurangkan kos dan untuk famili kitorg tidak rushing banyak majlis. Jadinya ari sabtu itu diganti dengan majlis tahlil sekejap. Itupon xjmput orang. Mak ckp, saper yg ada, itulah tetamu.

3. Acara Potong Kek. Aku xminat. Mak bapak aku pon xminat. Secara peribadi, aku mau masa yg mungkin diluangkan utk potong kek, buley aku spend utk memperkenalkan bakal suami aku dekat sedara mara yg jauh2 - singapore for example, nak g menyalang mmg mustahil la kan jauh tu (menyalang = bahasa minang = ziarah lepas kawen). So aku ada byk masa utk round keliling khemah dan berkenal2an.

4. Buku Tetamu. Juga tiada. Aku xminat. Tp aku suke tulis atas buku tetamu kalo datang kenduri kawen yg ada buku tetamu. Jujur ckp, aku bukan seorang yg menghargai satu2 mende sampai bile2. Buku2 biodata time skolah dl sume dah aku buang. Tp ada satu mende sampai mati aku simpan - gambar.


5. Tukar2 Baju Persalinan Daerah/ Negara. Juga tidak minat. Aku mau berehat dari penat salin2 baju. Juga cut cost. 


6. Silat. Aku nak!!~ Tapi bapak berkeputusan xmoh adakan silat2 atas faktor keselamatan. Aku akan berarak dari simpang turun bukit dimana simpang itu tidak ditutup jalan. Nnt kereta motor sume lalu2.


7. Scallop/Kelambu Dalam Bilik Pengantin. Juge tidak minat. Bilik kecik, letak scallop/ kelambu lagilah mcm gua ape segala. Aku mau simple sahaja.


8. Karaoke. Famili aku social retarded. Xpenah g karaoke. Famili encek bakal suami juga begitu. Dan rumah aku adelah betul2 di belakang masjid UPM. Sungguh kurang sopan nk buat karaoke. Jiran2 aku juge banyak ahli masjid. 


Bagi aku, walopon ada 8 mende xder dalam wedding aku, berkat dan restu famili aku paling penting. 


Lagi 17 ari aku akan bertukar status dan lagi 17 ari priority aku akan beralih kt laki aku.


Oleh itu, ari2 yg berbaki 17 ari neh aku spend masa banyak kt rumah utk pleasekan famili dan kebanyakkan keputusan last menet pasal majlis aku, aku serahkan dekat mak bapak aku. Mereka lebey tau ape yg terbaik utk anak gadis tunggal depa neh.


Daaa.

Tuesday, September 21, 2010

18 dan Esok Sweet 17

Salam n hi.

18 ari. Aku dah mule rasa xmenang tangan.

1. Encek bakal suami akan masuk ke opis utk bagi kad jmputan belah dia pulak. 

2. Menerima banyak review yg memberangsangkan tentang design kad kawen. Alhamdulillah, xsaba rasanya mau kasitau sama sepupu guwe yg buatkan itu kad.

3. Kad2 yg sudah dipos kamis lepas sudah selamat tibe di destinasi masing2 antaranya johor dan perak. Yang area2 selangor ng KL rasanya dah sampai la jugak kan. Berbaloi2 setem 80sen, sungguh pantas dan tangkas posmen.

4. Mak sudah mule mencantikkan rumah. Dah pasang langsir kawen (mak aku mmg berkobar2).

5. Penanda arah pon da siap. Tinggal nk tampal je. Oh sangatlah tinggal harapan mau buat saiz A3, bapak xsetuju sb gile glemer xtentu pasal. Jadinya saiz A4 pon jadilah labu.

6. Skrip utk Aji (juruacara majlis) sedang dalam pembikinan. Aku plan mau kasi copy dekat Acaii Jawa yg merangkap OP aku nnt. Sekurang2nya dia tau perjalanan majlis. Juga akan bagi satu copy sama Kak Tina yg akan jaga bahagian rombongan pengantin lelaki. Satu copy juge akan bagi sama itu pengapit. Semua ini akan dilakukan wekend neh. Email sudey.

7. Semalam baru mendapat tau seorang jiran yg akan menikah juge sederet umah guwe pada ari dan tarikh yg sama. Timing je lain. Aku 9AM, dia 1030AM. InsyaAllah semua akan berjalan lancar. Khemah juge akan didirikan. Tetamu jgn salah khemah sudah~~ Akak, kiter dpt tau akak jumpe ini belog. Gudlak sama2 utk kiter berdua!~

8. Aku tetibe rajin g basuhkan baju melayu nikah dan bertandang encek bakal suami. Mithali sungguh aku neh (padahal mak aku suruh).

Ok dah.

Daaa. 

Monday, September 20, 2010

19 Beb 19!~

Salam n hi.

Oh angka 2 sudah bertukar jd 1, menjadikan countdown aku 19.

1. Pengagihan kad kawen utk part aku sudah selesai. Cuma tinggal mak aku mau setelkan utk mbr2 class marhaban beliau. Utk sedare mara pon da setel. Bagus ari raya neh. Sonang bg sekali arung.

2. Ari sabtu pengapit guwe bersama2 sepupu2 kesayangan telah membelanja aku makan. Ohohohoho aku jd mem besau, hnya order dan makan. Gambar tiada sb bz gilak kot brgosip2 dan apdet stori2 yg terkumpul sejak rayo.

3. Pengapit aku jua aku soh tido umah aku sb dah tgh malam gilak lpt dari bangi aku xtrust utk dia drive sorang2 malam2 lik shah alam. Bak kata anis, kang jd sosilawati. Bek jangan, ko g tido aa umah nuri, selamat sket.

4. Oleh itu, sempat laa aku bawak kuar suma baju nikah, hantaran, ape segala mende2 berkaitan keje kawen aku kt izyan (pengapit tersebut).

5. Semalam g beraya umah mbr baik den kt kajang utama nun, si jalak super kacak. Alang2 beraya, kasik trus kad jmputan yg pd mulanya mau bagi time iftar tp xsempat. Fuuhh jalak oi, anak ko. Somangat. Dan sgt2 terima kasih atas tips beranak dari ko ng abby. Tetibe aku teruja nak anak dan2 semalam gk. Ohoohohoh~

6. Balik braya, mak aku ajak g jusco carik mangkuk utk buh hantaran apricot+prun aku. Ohh kami xjadi kasik kek sb terlalu common pastu mcm xbest. So, mak aku cadangkan kasik apricot+prun. 


7. Arineh masih bercuti. Kemas umah, dan ohh hiasan bilik pengantin da setel!~ Ye ye!~ Oh xbley tnjuk gambar, nnt xseprais aa. Btw, aku dah tanggalkan jurai2, hnya tinggalkan cangkuk2 utk gantung jurai+bunga.


Daaa.

Wednesday, September 15, 2010

24

Salam n hi.

24 hari dan semakin kurang. Skang neh kitorg 1 famili bz mendistribute kad kawen. Semalam pas mak aku buke pose, dia ng jiran aku yg nak kawenkan anak bulan 10 gak g beraya umah mbr2 mereka di sekitar serdang sambil bagi kad kawen.

Aku plak dok umah menampal setem. 

Tips: Xpayah susah payah pkai gam, colet je air sket kt setem, tadaaaa gam dia mencair lalu melekat kt sampul.

Daaa.

Tuesday, September 14, 2010

Harga Setem

Salam n hi.

Semalam adik aku g post ofis area umah aku lalu berjumpe ng Haji Jamil, bapak mbr serdang aku utk mengkompemkan harga setem utk kad kawen aku.

Kiter sedia maklum harga setem sudah naik sekali ganda dari 30sen ke 60sen atau 70sen. Di sini ada maklumat utk ciri2 surat dan harga setem skali dari Pos Malaysia.

Untuk kes aku, ciri2 kad kawen aku adelah:
1. Seberat 22gm
2. Sampul kad kawen adelah bercetak

Oleh itu harga setem aku untuk sekeping kad kawen adelah - 80sen.

Kenapa 80sen?

1. Kad seberat 20gm ke atas, setemnya  = 70sen
2. Sampul aku bercetak, kene tambah 10sen

Total = 80sen.

Mahal? Sebenarnya tafsiran mahal bergantung kepada individu. Aku xpenah pos kad/ surat. Setahun sekali je pos kad raya kt arwah atuk sedara aku kt terengganu. Lepas dia meninggal beberapa tahun lepas, dah xder dah pos.

Jadinya aku xmoh berkire berkaitan hal2 kecil mcm neh. Kalo aku buley spend ratus2 untuk mende lain utk preps kawen aku, nape aku xley nk spend lebey sket untuk menjemput orang.

Advice aku, kalo korang xtau bape harga setem utk kad korang, sila bawak kad tersebut dengan sampul dia skali utk tnye brader/ akak kaunter bape harga setem korang.


Daaa.

Monday, September 13, 2010

Mentenen

Salam n hi.

MAINTENANCE 

Oh bukan mentenen kete. Bukan mentenen rumah. Dia adelah mentenen badan utk suami.

Aku = kurus sekeping, xder curve, pesen out of date, sume2lah yg huduh tp aku selesa dan bersyukur.

Aku dah mule mengumpul maklumat2 penting pasal mentenen badan dari ujung rambut ke ujung kaki dari orang2 yg buley dipercayai. Juge berdasarkan observation aku.

Dulu aku ada penah borak ilmiah ng sorang lelaki yakni seorang sahabat baik yg sudah berkahwin dan alhamdulillah masjid beliau sudah ada twins yg comel2. Dia ada berkata bahwasanya - walopon isteri itu bertudung, baju longgar2, kaki pkai stokin, tangan pkai stongan, tp xsemestinya isteri itu perlu selekeh bile dalam rumah.

Suami tetap imam keluarga. Ketua keluarga. Isteri bekeje kerana niat mahu meringankan beban suami (bape ramai isteri zaman skg niat mcm tuh, aku pon kene muhasabah diri pk kan mende neh). 

Beliau menasihatkan kalo buley jaga penampilan. Apelah salahnya mencarik masa memanjakan badan utk kegunaan suami nnt. Suami yg penat bekeje carik nafkah nak2 plak mcm encek bakal suami yg bekeje ikot shift, kadang2 kol 2 3 pagi baru balik, xkan sampai2 umah tgk bini subhanallah mak lampir lagi cun.

Seorang rakan sepejabat penah komplen ckp sejak isteri beliau beranak, prestasi sudah menurun. Badan pon curve lari, xjaga. Nak kata bekeje x, duduk rumah. Aku mule2 terkedu gk masa mamat neh citer mende gile neh kt aku ng encek bakal suami. Balik tuh aku berdiskusi ng encek bakal suami yg mulanya aku object keras2an tindakan mamat opis aku komplen psl bini dia - ingat nk beranak tuh senang ke hape, suke2 komplen?

Encek bakal suami amik langkah tengah2. Setuju ng aku dan setuju ng mamat opis aku. 

Setuju ng aku = kalo dah tau mcm tuh, carikkanlah jamu2 yg buley upkan balik prestasi ke ape ke. Carikkan apa2 yg buley bentukkan balik curve badan bini itu.


Setuju ng mamat opis = suami penat balik rumah kalo buley maukan seorang isteri yg buley melayan beliau. Bukan melayan nafsu semata, tp turut menjaga penampilan diri. Mata suami pon wajib dijaga. Xkan balik rumah tgk bini hai..nak makan takot selera ilang.


Encek bakal suami penah sound aku. Kalo masa bercinta, bertunang mekap kemain, bergaya kemain tp pas kawen, pas beranak sume out. Jgn jadikan sebok jaga anak sebagai alasan xbley nk lawa+kemas mcm dl.


Encek bakal suami ckp xperlu nak mekap bagai, cuma sekurang2nya kemas dan tidak selekeh. Kalo buley, biarlah orang tgk isteri dia kemas dan bersih. Dia memberi pendapat peribadi beliau kenapa orang lelaki "makan luar" walopon ada isteri kt umah yg buley digunakan.


Suami sudah tidak kenal/ nampak perempuan yg dia nikahi dulu.

Masa kenal+nikah = cun, kemas, sume mende jaga.

Lepas bertahun2 = isteri sudah tidak menjaga semua. 

Apa2 pon semua berbalik pada taste suami/ isteri tersebut. Jika suami xkesah isteri xjaga badan, pesen out of date, xper. Tp orang lelaki neh aneh. Orang lelaki sendiri ckp kt aku - walopon kitorg xcakap, tp korang isteri sendere paham2lah, xkan xmoh kemas dan lawa mcm mule2 kenal dl.

Aku amik kata2 seorang ustazah masa aku ng encek bakal suami p kursus kawen dulu. 


Lelaki tertarik dan jatuh cinta melalui mata - tuh pasal lelaki suka ushar2 pompuan hot2 sb ley cuci mata. Mereka salunya memandang luaran.


Perempuan tertarik dan jatuh cinta melalui telinga - huduh mcm mn pon lelaki itu, kalo ayat manis insyaAllah lekat. Sebab perempuan sukakan puji2an.

Jadinya, dengan mengambil iktibar dari nasihat2 dan observation aku, start tahun lepas ekceli aku sudah mule mementen diri aku. Terutamanya rambut dan muka.

Rambut - Derreck & Team kt Mines. Servis tiptop. Kalo jd member, setiap kali datang dpt 20% diskaun. Banyak tuh beb.


Muka - Herbaline Mines. Servis tiptop gak. Aku ng 2 orang dak opis aku adelah pelanggan tetap. Encek bakal suami amat2 berpuas ati ng muke aku. Jerawat degil kt dahi makin kurang.


Badan - aku tibai je mandi lulur Puteri Binari. Sental sendere kt umah. Jimat belanja.

Mak aku pon ckp, sedikit sebanyak kalo menten diri neh, salunya suami akan perasan dan dalam diam2 dorang ekceli sgt2 menghargai usaha kiter. Kalo sudah berpuluh tahun kawen, salunya suami sendere yg akan belikan barang2 yg kiter perlukan utk menten diri ini.


Hubungan suami isteri luas aspek yg perlu dikaver. Hati harus tabah, sabar harus tinggi, kerjasama harus utuh.


Untuk diri sendiri gak, encek bakal suami tetap seorang lelaki biasa. Banyak mende yg perlu kitorg berdua lakukan utk menten mcam2 mende dalam rumahtangga.

Daaa.

26 & Ipar Duai

Salam n hi.

Fuhyoooo ticker kt sebelah amat best!!~ Sudah xder month2. Suma dah start bantai weeks.

Di atas adelah kalendar opis. Lihat. Aku mmg rajin salu pangkah2. Hanya tinggal 26 HARI SAHAJA lagi. Hanya ada 3 KALI AHAD SAHAJA lagi.

Perasaan:
Sudah mule pk macam2. Sempat ke x nk prepare segala mak nenek barang ng keperluan kenduri.

Semalam encek bakal suami baru nk mula cuti raya. Sebelum bertolak balik Batu Pahat sempat beliau datang rumah bersalam2an ng bakal mertua beliau ng adik aku.

Ropenya bakal mama aku ada tempah hiasan bunga untuk bilik pengantin dekat kawan bakal abang ipar aku. Sangat2 simple dan sweet aku tgk. Jujur ckp aku xtau sebenarnya konsep majlis kt sana nnt. Yg aku tau kaler pepel. Tu je. Aku xsure kalo2 famili belah sana ada mix match ng kaler2 len. So neh encek bakal suami bawak balik kampung dan beliau sudah asek cakap - sah2. Deyyy brader, rilek2. Yg nk ckp sah2 tuh saksi hokey.


Pulang ke kampung sempena raya neh pon banyak nasihat2 dari elders famili aku kutip.


Buley dikatakan sume rumah aku g, sume isi rumah kasik nasihat terutamanya saudara melaka. Semalam beraya kt shah alam rumah Pakcik Jenal, berbakul syarahan dia bagi. 


Secara kesimpulannya, bile aku digest sume2 nasihat, basic isi kandungan adelah sama - jaga hubungan yg baik dengan mertua dan ipar duai.

Haa bab neh aku jadikan emak aku sebagai idola. Mak aku dah kawen ng bapak selama 35 tahun. Lama bukan. Selama neh aku salu peratikan cara mak aku bawak diri kalo balik melaka ataupon berkunjungan ke rumah ipar2 dia.

1. Buah tangan xpenah miss. Sama ada home made cake atau beli saja.
2. Bahasa sgt2 mak aku jaga. Walopon makcik2 aku tgh galak bergosip pasal ape saja, salunya mak aku diam, senyum dan tidak menyampuk.


Mak aku sedia maklum, mulut orang melaka subhanallah laser ko. Mak aku plak pesen soft spoken. Tapi yg membuatkan mak aku sangat2 selesa ng depa adelah depa xpenah laser mak aku beranak lambat. Parents aku nikah tahun 1975, aku lahir 1984. Sila wat matematik sendiri. Kakak PAID masa aku hantar borang nikah pon tekejut siap tnya - neh betul ke neh 1975?

Kakak2 bapak salu ckp kt mak - anak itu rezeki. Bile depa dpt tau mak aku peknen, fuuhh berbakul2 makanan kesihatan depa belikan. Orang singapore sanggup turun damansara melawat mak aku beranak (dulu aku dok sana b4 pindah serdang umo setahun). Masa aku lahir, berbakul2 mainan aku dapat. Nak2 muke aku potostat muke bapak. Rambut ofkos2 aku ikot bapak.

Tips mak aku bagi - masa mule2 kawen, kalo kene usik ke, kene bahan ke, tahan aje. Jangan xpasal2 merajuk ng tarik muke. Kalo ipar2 dan mertua tgk kiter ley adapt, ekceli dorang akan bertambah sayang dan respek.

Tips satu lagi - jangan ikot bergosip. Dengar saja. Kalo dorang tgk kiter hanya senyum dan x tambah lagi minyak dalam api, dorang akan respek kiter.

Sebab, kiter xtau macam mana orang keliling kiter judge kiter. Mak aku pon ekceli xtau ape ipar2 dia judge dia. Tp aku buley nampak ipar2 mak aku sgt2 selesa ng mak aku. Selesa bercerita sb mak aku pendengar yg baik.

Alhamdulillah, untuk bahagian mak aku, mak aku mendapat ipar duai yg baik2 ati. Mak pon ada ckp, kiter bukan kawen seari 2, sebulan 2, setahun 2. Kiter kawen kalo izin Allah, kiter nak sampai mati dan jumpe balik kt syurga sebagai suami isteri semula. Sebab tu hubungan ipar duai wajib dijaga.

Aku punya kes lagi haru. Ipar aku sume lelaki. Ini menunjukkan bakal mertua aku hanya akan menerima semua menantu perempuan. Mak aku pesan, jangan cepat cemburu. Kawal perasaan. Jangan cepat bajet mertua sayang menantu perempuan lain lebey. Kalo kiter ada terkecikkan ati ipar, cepat2 resolve. Sebab, kiter bukan kawen ng suami je tp ng keluarga beliau.

Pakcik Jenal aku kt Shah Alam ckp - kalo ko jaga hubungan ko ng ipar2 mertua ko, sampai mati dorang sume anggap ko anak dorang sendiri, bahkan munkin akan sayang ko lebey dari anak sendiri.

Erm, aku berkongsi ini dengan korang dengan harapan kiter semua akan menjalin hubungan yg baik ng famili the other half kiter. Lagipon, persiapan majlis kawen bukan sekadar material - pelamin, mekap, baju, kenduri. Tapi juge merangkumi aspek2 mental dan perasaan yang akan ditempuhi berpuluh2 tahun akan datang.


Daaa.

Sunday, September 12, 2010

Kenapa Famili Aku Tak Ikot Adat

Salam n hi.

Di mana tanah dipijak, di situ adat dijunjung.

Okeh. Aku rasa ramai yg baca entri aku sebelum neh sedikit erm bajet aku boasted sb x ikot sgt adat nogoghi. Mak aku orang nogoghi, bapak aku orang melaka, aku ng adik aku lahir kt klinik sambhi tuh kt kl nun.

Aku sgt2 bangga menjadi antara waris nogoghi dan melaka. Siyes xtipu.

Biarlah orang kata - xsuke pompuan nogoghi sb kalo kawen ng depa, akan hilang harta. Wakkluuuuu~~ Itu dl beb, skang mana ade. Melainkan tanah pusaka/ harta pusaka. Haa itu masih ikot. Dan dalam geran tanah ape bagai akan mention asal suku ape.

Biarlah orang kata - xsuke orang melaka sb mulut mmg jamban habis. Laser, cakap kasar. Bagi aku, itu lagi elok dari mulut bahasa baik tp ati busuk gilak.

Kenapa mak aku xikot adat. Meh aku citer asal usul keturunan waris den.

Kakak sulung bapak aku mempunyai suami yg aku pggl Pakcik Kasim. Alaaaa Kasimmm~~~ Pakcik Kasim aku dok Seremban sana. Dia merupakan bekas ketua kampung dan bekas penjaga adat kt Istana Sri Menanti.

Utk majlis kawen aku, dengan bebesar ati parents aku melantik beliau menjadi penjaga protokol hal2 berkaitan adat yg mudah dan buley diterima pakai. Pakcik Kasim aku neh sgt2 terbuka. Sudah berumur 80, tp masih kuat dan gagah.

Semalam sempat singgah Seremban sebelum pulang ke serdang utk mengambil sket kata2 nasihat dari beliau. Ini penting sb beliau adalah elders famili.


Saper2 yg advance blaja sejarah akan tau bahawasanya nogoghi ada 12 suku. Mak aku dari salasilah suku 4 Ibu yg turut dikenali sbg Seri Melenggang. Oleh itu secara otomatik aku pon suku tersebut. Seri Melenggang bukanlah suku bangsawan. Kami adelah rakyat2 biasa saja. 

Atas sebab itu, tidak diwajibkan utk keturunan suku kitorg ikot adat pepatih masa berkahwin. Pakcik Kasim pon ckp - xperlah..kiter ikot mana yg mudah dan mana yg dah dijanjikan masa bertunang dulu. Kalo suku bangsawan mcm Suku Biduanda, mereka wajib ikot adat sb depa dijaga oleh Buapak dan Luak.

Masa bapak aku nk kawen ng mak aku dl, arwah atuk aku (abah bapak aku) soh Pakcik Kasim jadi spy. Sebab? Sebab arwah atuk dpt tau bahawasanya abang sulung mak aku adelah bekas anak murid arwah atuk aku kt SITC (nama glemer skg adelah UPSI).


Dulu2 walopon berkapel, salunya orang tua akan hantar sorang spy utk siasat latar belakang bakal menantu. Saper orang tua dia, ape keje dia, mana tinggal dia ape sumelah. Mcm tuh lah Pakcik Kasim aku wat masa bapak aku nak kawen ng mak aku dl.


Time tuh Pakcik Kasim interview Paklang aku (abang mak aku no3). Paklang adelah polis. Pakcik Kasim saje2 dtg then menyamar orang luar baru dtg rembau padahal teeetttt.. dia dah tau itu abang mak aku.


Minggu kedua barulah Pakcik Kasim aku berterus terang tujuan asal bla bla bla biler Pakcik Kasim dah kompiden bahawasanya famili mak aku ok. Paklang aku ckp - laaa kami xkesah..kami pon xikot adat sangat. Kalo budak2 dah suka, teruskan aje.


Kirenya utk majlis aku neh, Pakcik Kasim akan berjasa lagi sekali dengan menjadi pembuka bicara sebelum akad. Bapak dah siap2 kasitau bape mas kawen dan ape pemberian dari bakal suami aku selepas akad.

Aku setuju kalo orang kata adat pepatih komplikated. Betul. Banyak bona eh mondo nk kono ikot. Kene prepare kain kaler kuning, tiraikan kt satu rumah. Makanan kene bertutup ng tudung saji berkain kaler kuning. 

Kalo dah biasa wat xper, kalo xbiasa, meleleh air idong. Jujur cakap, aku mmg tabik spring kt mana2 pengantin yg ikot adat pepatih sb sebenarnya adat neh unik. Cantik. Dan rasa sgt2 tradisional. Jadi utk saper2 b2b kt luar sana yg bakal mengaplikasikan adat pepatih, all the best!!~

Okeh. Habis kesah adat. Takziah kepada keluarga Datuk Sosilawati. Semoga tabah. Al-fatihah.


Daaa.

Happy Eid Mubarak~

Salam n hi.

Aku sudah selamat tiba kt serdang semalam petang dari melaka. Alhamdulillah, perjalanan sepanjang ari kamis smp semalam sumenya lancar. Ari raya walopon kebanyakkan kazen2 aku xder sb balik kampung lagi satu, tetap ada meriahnya sb mak aku sgt2 bz distribute kad kawen.

Aku rasa glemer gilak bile sanak saudara sudah mule mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru in Advance' bersama ayat extra - hensem gk bakal laki ko. Eh ofkos!!~

Pulang ke rembau (raya pertama) dan melaka (raya kedua) amat best!~ Tp dalam hepi2 katak, masih ada sedeynya bile pakcik ajiz melaka aku admit masuk spital melaka ari kamis petang sb ada batu kt hempedu. Bile smp melaka baru tau. Vogue gilak aku p spital.

Ah ha aku ada sesuatu yg mahu dikongsikan yakni berkenaan adat2 nogoghi - Kenapa Famili Aku Tak Ikot Adat.

Siler ke entri seterusnya.


Daaa.

Wednesday, September 8, 2010

Raya dan Kad Kahwin

alam n hi.

Happy Eid untuk sume.
Kalo balik kampung arineh atau besok, don't drink & drive waktu siang. Batal kang pose.

Agk sunyi 2 3 menjak neh sb mmg xder stori psl keje kawen. Neh nk raya br start balik. Apekejadah wat preps kawen time raya? Gile ape?

Oh time2 raya neh la aku mcm orang giler g beraya sana sini ng famili aku sb nk g menjemput skali ke majlis kawen aku. Ofkos kene kasik kad raya kawen.

InsyaAllah kalo xder aral, esok pas zoho atau pas asar aku dan famili akan bergerak ke rembau berhari raya kek kampung omak den. Pehtu samo ado peh semayang rayo atau rayo keduo baru balik melake plak.

Eh eh ehhhh rase2nya aku xpenah tunjuk gambar kad kawen aku kan. Meh aku tunjuk. G pon lagi sebulan nk kawen kan. Oh lagi 31 ari bersamaan lagi 4 kali ahad. Fuuuhh den dah bodobar-dobar dah neh.


Gambar: Amik ms pre-wedding kt ladang lembu UPM tuh, kt pokok glemer lagenda budak setan.

Wordings: Bapak aku buat. Bapak aku sgt2 kurang gomar menerima kad yg mempunyai wordings2 yg meleret2 xtentu hala. Beliau lagi suke jika kad kawen itu hanya tertulis apa yg perlu orang baca sahaja.

Pemilihan warna: Aku pilih untuk match ng tema kaler keje kawen aku yakni maroon.

Peta: Bapak aku lukis. Bapak aku xlah hebat bonar lukis pkai potosop ke ilustrator ke paint ke. Tidak sama skali. Beliau hnya lukis guna pensel 2B atas kertas A4.


Footnote: Peratikan dekat bahagian peta, belah kanan bawah ada footnote untuk panduan orang parkir kenderaan. 


Untuk kad encek bakal suami, design sama cume berbeza warna, wordings dan peta.


Kalo korang nk jadikan isi kandungan kad aku sbg rujukan, silakan. Simple dan mudah paham.


Daaa.


Tuesday, September 7, 2010

9 Naga

Salam n hi.

Motif entri = aku bosan. Rindukan encek bakal suami yg tgh ceret beret. Sian dia.

Aku lebey menggemari movie yg berkaitan romantika2 tp romantika2 itu diselitkan dalam movie yg berunsur bunuh2, thriller, hantu. Kurang menggemari movie yg 100% romantika2.

Berikut aku stori 1 movie yg smp skg aku tgk kompem meleleh air idong:

9 Naga

Movie yg paling meruntun jiwa raga aku. Pembunuh upahan yg mahu benti membunuh. Tapi atas desakan idop dan impian mahu memberi hadiah sebuah rumah kepada isteri bernama Ajeng, dan atas blackmail dari orang2 jahat yg lain, beliau terpaksa membunuh lagi. Dalam masa sama beliau masih berasa bersalah yg terdalam sekali sb tertembak rakan baik sendiri. Isteri yg tidak tahu beliau mendapat rumah dari suami, hanya mampu menangis atas kematian suami sambil membaca surat terakher dari suaminya.

Aku suke citer neh dia dilatarkan atas perspektif seorang suami. Aku rasa mana2 movie yg perspektif seorang suami adelah sangat2 romantik berbanding movie2 100% romantika yg hanya perspektifkan seorang boifren/ gefren.

Istriku Ajeng,
Manusia terkuat yang pernah ku kenal
Terima kasih atas rumah terindah yg telah aku tempati
Terima kasih untuk memberi maaf.. sebelum aku meminta
Terima kasih untuk bersabar.. sampai aku tahu..
Kalo hal2 terbaik dalam hidup
Tidak memerlukan uang
Seperti suaramu yg selalu setia menuntunku


Pulang ke hatimu
Rumahku yang terindah


Suamimu 
Marwan



P/s: Fauzi Baardila sgt hensem!!!~

Daaa.

Thursday, September 2, 2010

Hantaran Untuk Aku

Salam n hi.

1 month 1 week 1 day.

Peerrgghh sungguh pantas masa berlalu.

Sabtu neh insyaAllah akan ke Kepong untuk jumpe akak sepupu encek bakal suami kerna beliau yg akan watkan hantaran bagi pihak encek bakal suami.

Ini belog beliau:

Nuwoo Gift Ideas

Ini fotopages beliau:

Nuwoo Gift Ideas - Fotopages

Di bawah adalah hasil kerja beliau masa aku bertunang arituh. FYI, ms aku bertunang ekceli xder hantaran. its more like buah tangan.

 Cincin risik + cincin tunang

Makcik bertudung merah bawakkan kain ela+tudung. Abg ngah baju kotak2 baawk buah.

Brader baju merah adelah abg sulung encek bakal suami. Dia tgh bawakkan sirih junjung. Sungguh lebat bunga2 itu.

Gambar close up sume dalam CD. Aku amik dari dalam FB aku gambar2 kt atas neh.


Sangat2 berterima kasih kt akak sepupu encek bakal suami sb buatkan hiasan yg sangat2 cantik. Baru aku tau wujudnya bunga nama sweet williams itu.



Dari segi harga, aku xmasuk campur sb ini urusan antara encek bakal suami ng kakak sepupu yg dipanggil kakngah itu. Even aku ekceli xpenah jumpe akak neh.

Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar selancar petrol V-Power.


Daaa.

Iftar kt Noodle Station

Salam n hi.

Arineh dalam sejarah aku akan berbuke puasa bersama2 teman seperjuangan encek bakal suami zaman blaja kolej dulu.

Munkin rezeki Allah nk bagi, biler dah dpt kad kawen dari sepupu (kan sepupu aku yg jd vendor kad kawen aku), dan2 tuh la asal dating ng encek bakal suami, misti terserempak ng mbr2 lama encek bakal suami.

Jujur bilang, encek bakal suami bukan jenis berpeleseran lepas keje atau ujung mggu. Abis je aktiviti penbol, terus chow balik umah. Senang citer beliau adelah famili man.


Jadinya aku jarang jumpe kawan2 lama encek bakal suami. Kebetulan start ujung tahun lepas sampai la ni, kawan2 lama beliau stok wat mjlis kawen. So dptlah aku berkenalan2 ng depa2 yg sumenya ramah2 belaka.


Arineh first time berbuke puasa bersama2 kawan2 beliau padahal beliau sudah berkali2 berbuka puasa ng mbr2 aku. Jadinya mau fair n square.


Dan bagus gk dpt kenal mbr2 lama encek bakal suami sb mistilah kantoi ape perangai encek bakal suami time blaja dl. Ohohohoh!~


Kiut siot bile kawan dia ckp depan2 aku - eh eh qib, aku ingt ko single smp mati, nak kawen plak ko eh. 

Dan ada byk g aku xley nk reveal kt sini tp yg penting kekantoian2 itu sgt2 manis.


Okeh. Lokasi iftar nnt adelah di Noodle Station Alamanda. Mmg kalo date kt Alamanda, kitorg mmg lepak makan kt sini. Sedap mmg sedap. Rasa xpenah berubah even ramai org. Dia baru bukak 1 outlet baru kt Midvalley saner. So kalo turun Midvalley xder dah bersesak2 kt foodcourt. Terus je dtg situ. Lokasi kt Midvalley adelah kt floor bawah GSC. Sonang, lepas makan tgk movie atau sebaliknya.

Oh xsaba nk makan Tomyam Noodle dan encek bakal suami sudah pasti akan order Tomyam Fried Rice. Uuuuuu sedaaaappppnnyaaaa~~~


Sedaaaappppnnyaaaaaaa!!!~


P/s: Mbr2 beliau ramai gk yg hensem. Ohohohoho!~


Daaa.

Wednesday, September 1, 2010

38 Ari dan Blood Bonded

Salam n hi.

Ticker kt calender opis sudah menunjukkan hanya berbelen 38 ari saja lagi.


Perasaan? Bohong sunatlah kalo aku ckp aku relek. Giler ape relek. Aku dah cuak+neves+menggelabah puyuh.

Nak2 senin lepas the beloved sepupu merangkap pengapit yakni si Izyan yg tengah hyper suke nak mati jumaat neh habis on the job praktikal lalu cuti smp ujung tahun ko nk kne tampor ng aku ape cuti lama2??!! Pastu masuk petronas. Giler heaven ko cuti xwat pape lalu beliau tgh hyper sukati nk jd host parti bujang aku.

Beliau tgh kawtim ng kazen2 aku yg lain seperti radiah, kak na ng suraya utk seleberet aku. Siler bawak hadiah yg best2 ye. Parti ini bukanlah parti sgt. Poyo je lebey guna ayat parti. Cuma ada makan2 ng beberapa gem yg aku rasa aku akan dikenakan to the max.

Chat2 ng izyan, beliau masih tidak percaya aku akan berkahwin. Saper percaya weh. Ko bayangkan dari kecik2 aku si pembuli tarik rambut dak2 neh smp bengkak2 kepale, asal nampak aku sume bantai lari, abg nan siap bawak kayu nk mempertahankan rambut izyan dari jd mangsa keganasan rumah tangga aku.

Tido sekatil ng depa, selimut yg gabak besar share. Bangun subuh, selimut tuh aku sorang2 konker, menggelupur sejuk dak2 neh. Aku mmg giler kuasa. Lesson learned, skg neh sume bawak selimut sendiri. Ohohoho~

Skang neh aku dah sedikit ayu, sopan (lah sangat). Stended aa. Manusia berubah. So biler aku nak kawen, sedikit sebanyak ada sedey. Xdapek lagi nk tido sekatil ng dak2 neh kt kampung melainkan suami aku (lepas 38 ari), izinkan aku menggedik tido ng dak2 neh, dan beliau tido ng kazen2 laki aku yg lain kt atas.


Perasaan seronok pon ada sebab dah ada laki. Ahahah!~ Sukati aku nk peluk dia di khayalak ramai. Dah ada orang tido sebelah aku. Nak jalankan tanggungjwab baru. Nak tambah mak ng ayah. Ada ipar duai. Bertambah kampung even skg neh aku dah mulakan sesi melobi raya tahun depan nk raya kampung aku kt rembau dl walopon aku dah nampak muke encek bakal suami mcm nk melobi raya 1st laki bini harus balik johor. 

Okeh. Enaf said. Sile lihat gambar di bawah:
Inilah butang baju melayu encek bakal suami yg aku pilih. Bling2 gitu. Aku mau beliau nampak glemer time nikah. Bukan aku sorang je bling2 baju nikah manik kemain g tp aku juge maukan encek bakal suami turut kne tempias bling2. Lokasi beli: Kedai yg salu aku dok citer kt Semua House tuh. Segala macam pesen butang baju melayu ada. Dari semurah2 belas ringgit hingga ke ratus ringgit. 

Oh butang di atas ini sbnrnya ada design dalam bentuk subang. Kalo korang free hair, ley la beli. Kirenya sepasang subang ng butang baju melayu.

K lah. Pjg plak menceceh.


Daaa.