Showing posts with label Afterlife. Show all posts
Showing posts with label Afterlife. Show all posts

Monday, September 26, 2011

Selepas 5 Bulan

Salam n hi.


Waaaaa lama siot aku abandoned blog aku. Abandoned x abandoned ekceli aku delete blog neh atas sebab2 tertentu. Eheh. Dan sekarang aku up kan balik.


Aku rs last post aku bulan april ritu. Skg bulan september nak masuk oktober dah pon. So, sepanjang aku menghilang, ape yg berlaku?


Tak banyak yg hebat pon berlaku. Kecuali 4 mende yg bagi aku hebat:


1. First raya ada laki! Dan neh first raya aku dendang perantau tidak beraya ng famili aku sb laki aku siang2 sudah melobi balik kampung halaman dia batu pahat sana. 


2. Alhamdulillah sudah 33 minggu peknen!!~ Lihat gambar di atas. Perut begitu comel walopon ms tu adelah 30 minggu peknen. Wat to do. Sudah semulajadi sekeping, maka sekepinglah aku walopon sudah memboyot. Lemak2 tambahan juga tiada tp baby membesar secara sehat dalam perut ini~


3. Izyan kawen!!~ Yeay!~ Saper cakap kalo jd pengapit jodoh lmbat sampai nnt. Izyan sudah membuktikan bahawa kata2 mitos itu bohong. Xsampai setahun aku nikah, dia ng jayanya sudah bergelar isteri org time cuti Malaysia Day ritu.
Izyan mmg gojes ya rabbi. Gratz dear!!~


Yaa lihatlah mak buyung ini. Tetibe prut pop-out masa 31weeks. Barulah org pasan yg aku peknen.


4. Rumahku Sorgaku hampir siap!!~ Alhamdulillah development progress serancak progress payment yg dibayar bulan2. Last kitorg g tgk 2minggu lepas, pemaju dah tampal nombor rumah kitorg.
Cubaan suami utk menyelinap masuk umah masa raya ke3, singgah jap nilai masa otw balik dari batu pahat.

So far, life being great. Semua yg dirancang berjalan dengan lancar. 

Nanti2 aku cite pengalaman mengandung, kalo rajin aa.. Eheh~

Daaa.

Thursday, April 14, 2011

Tak Tau Nak Letak Tajuk Hape

Salam n hi.

Encek suami amik cuti smp sabtu utk bawak ayah mertuaku g berurut. Semalam mertua aku tibe dari batu pahat untuk 2 tujuan:

1. Ayah mertua mau g berurut dekat Haji Bidin, tukang urut glemer merangkap jiran aku. Kene urut 3x berturut2 (minima).
2. Mertua aku mau ke rumah bakal besan (famili bakal mertua abg cik encek suami). Pasal nk bincang psl kenduri kawen 11/11/11 nnt.

Setakat petang neh td encek suami apdet ckp ayah mertua amat berpuas ati ng Hj Bidin walopon sakit gile ms kene urut (Hj Bidin hanya lalukan jari telunjuk je, xder picit2 tp mmg sakit gile sb mak aku penah gk kene urut ms kene mild strok 6tahun lepas).

Esok ayah mertua mau ke sana lagi wat 2nd session. Alhamdulillah beliau puas ati. Mule2 kitorg cuak gk kalo2 1st time dah sakit pastu ayah mertua tobat xnk g lagi dah. Nasib baik sume ok.

Daaa.

Tuesday, April 12, 2011

Handle Pihak2 Berkaitan

Salm n hi.

Rentetan dari blog post Jorah yg ini, aku ingin berkongsi mcm mn mau deal ng pihak2 berkaitan semasa membeli rumah.


1. Pihak pemaju
Ok. Di sini mau aku bagitau satu nasihat, atas pengalaman sendiri jugak. Walopon kiter neh zero knowledge dlm bab2 rumah; jenis rumah leasehold/freehold, keluasan built-up, pasang siap atau guna batu bata satu2 dan sebagainya, sila jangan buta2 terus jumpe pemaju. Kurang2, luangkan sikit masa jumpe pakcik gugel atau bertanyakan pada org yg dah berpengalaman bab2 rumah neh.

Sebabnya, kurang2 kiter tidak kelihatan buta kayu atau perkataan kasar = bodoh masa mengadap pemaju. Bertuahnya aku ng encek suami aku aritu adelah aku heret skali bapak aku g jmpe pemaju masa nk seal the deal. 


Aku bagi satu ilmu yg aku ada = untuk SEMUA pembeli rumah yg PERTAMA, kerajaan memang kasi free itu LEGAL FEE & S&P FEE. Percuma tahu!! Oleh itu, sila jangan terpedaya jika sekiranya pemaju bersungguh2 ckp legal ng S&P fee tuh free. Dah memang free weh. Kalo beli rumah kedua/ ketiga dan seterusnya baru kene bayor.

2. Pihak bank
Oh pihak bank neh korang kene saiko sket. Jumpe orang bank akan membuatkan korang rasa dilayan mcm masuk kedai emas tp kalo stakat pkai slipar jepun, korang xkan dilayan. Haa mcm tu lah. Pengalaman aku = encek suami adelah bukan yg bergaya, kadang pkai slipar dah tercabut logo/ berseluar pendek je. Orang bank terus mls nk layan laki aku. Kat sini, aku bukan nk bias, tp munkin bahagian kitorg orang bank berbangsa Cina lebey elok layan kitorg dari yg bangsa Melayu. Munkin bahagian korang vice versa.


Kat sini, aku mau kasi beberapa tips yg MMG BERGUNA, bukan munkin berguna ohoho~


1. RHB bank adelah sgt2 strict. Korang lmbt bayar kete sebulan pon akan ditolak permohonan. Even encek suami dah lump sum abis bayar sume, resit pon ada, bank ini xmau amik port. Bank2 lain alhamdulillah terus process permohonan kitorg.


2. Bile permohonan dah lulus, deposit pon dah bayar kt pemaju, korang kene kejar deal antara lawyer ng bank (ini case korang xmasukkan lawyer fee dalam loan mcm kitorg). Sb kadang2 bank ng pemaju kawtim belakang saje je bank xrelease payment kt pemaju sebelum due date sb pemaju buley cas denda kt kiter (padahal salah bank, ini mmg tertulis dalam sume agreement). Sebab itu aku ng encek suami mcm orang gile hari2 tepon itu bank tanya dah release payment ke belum. Sebab ada member kitorg yg beli kt pemaju yg sama, cume bank berlainan, kene denda dekat ratus2 gk sb bank lmbat release payment. Alhamdulillah berkat kegilaan aku ng encek suami, bank release ikot time.

Berurusan dgn orang bank memerlukan kesabaran yg maxima. Betul xtipu. Hari2 tepon tanya status permohonanlah, status pembayaran lah, mcm2 lah.

3. Pihak KWSP
Oh pihak yg satu neh best. Xpening. Mmg ikot prosedur. Kitorg g KWSP cawangan Jalan Reko Kajang sana. Sgt2 membantu. Cume korang silalah ikot pre-requisite yg telah dicatatkan dalam borang. Borang pengeluaran akaun kedua neh korang buley download kt website KWSP.


Disebabkan kitorg joint loan, makanya both aku laki bini keluarkan akaun kedua masing2. Cuma dalam borang korang kene statekan penama pertama dan penama kedua. Sebab KWSP akan release duit penama pertama dahulu. Kejap je beb. Ritu kitorg g KWSP ari senin, ari rabu kitorg dah dpt duit dari penama pertama. Mggu depan dah dpt utk penama kedua. Amat pantas.


Sekian. Pihak2 di atas adelah pihak2 yg terlibat secara langsung ng urusan jual beli rumah korang. Senang je sebenarnya. Cuma leceh bab2 nk mengejar tanya status. Munkin tips2 aku dpt membantu korang.

Semoga berjaya!!

Daaa.

Thursday, April 7, 2011

Sila Bagi Laluan

Salam n hi.

Aku ada sesuatu yg serius yg ingin diberitahu. Atau berkongsi. Sebab mende neh melibatkan kesedaran sivik masyarakat kita.

Arituh aku g Gynea Annur kt Bangi sana atas sebab2 tertentu. Saper2 yg penah pergi sana, tentu tahu keluasan Gynea Annur tidaklah begitu memuaskan. Sedikit sempit compared to Az Zahrah. Kerusi pon terhad, tidak cukup utk occupied patient yg melambak2. Dan waktu menunggu kt Gynea Annur adelah berjam2.

Kiter pon tahu, kt gynea patient dia selalunya ibu2 mengandung yg sudah memboyot perutnya. Nak jalan pon payah. Ada juga patient yg baru2 mengandung dan ada juga patient yg mahu membuat pemeriksaan yg bukan berkaitan dengan hal2 ibu mengandung. Sakit puan kan luas skop dia.

Jadinya, berdasarkan pengalaman aku jd patient kt Gynea Annur ini, byk gelagat2 bakal2 BAPA yg aku tgk:

1. Jenis hanya concernkan bini dia sorang, langsung xhirau ibu2 mengandung boyot2 yg lain.
2. Jenis yg mmg kesedaran sivik yg tinggi, tunggu kt luar sb xmoh mengganggu ibu2 memboyot utk duduk kat kerusi yg terhad itu.

Sadis korang tau. Ibu2 memboyot terpakse berdiri ng membawa tampungan perut yg dah bape kilo itu. Bakal2 bapa buley selamberrrr badak duduk tgk tv sambil bersuke2 ng bini masing2.

Kes paling jelas adelah depan bijik mata aku. Aku tengah duduk. Depan aku ada sorang bakal bapa bersama isteri beliau. Dan di sebelah beliau telah berdiri seorang ibu yg sarat mengandung, aku bajet dalam 7 bulan kandungan dia. Dan kebetulan depan brader neh td ada notice board yg ada tertulis satu notis yg lebey kurang mcm neh bunyinya: Kepada bakal2 bapa yg dihormati, utamakan tempat duduk kepada ibu2 mengandung. Siap ada imej ibu mengandung lagi.


Dan aku nampak brader neh baca notis tu dan beliau buley wat bodo je!! Apekah ko nk jadi bapak budak tp xder contoh baik. Sudahnya, aku panggil akak td dan soh dia duduk kt tmpt aku.

Jadinya kpd B2B di luar sana dan yg dah kawen, jika sekiranya korang pregnant, dan suami korang ikot korang utk wat checkup, mintaklah tolong ng laki korang, tunggu kt luar dan kasi peluang kt ibu2 mengandung utk duduk. 

Dekat Gynea Annur, meh aku kasi tips mcm mn laki korang xkan terlepas utk join korang jumpe doctor walopon dia tngu kt luar.


Ape aku buat adelah, aku dah setkan doctor mana aku nak. Let say no aku adelah no 10<--walopon aku register kt kaunter pukul 8 pagi, orang mmg berpusu2. Lepas amik berat dan tekanan darah (walopon xpeknen, mmg itu prosedur), aku ng laki aku kuar brekfas kt Restoran Kelisa sederet Gynea Annur itu.


Lepas brekfas, laki aku tngu luar, aku masuk dan tanya nurse: Skg neh Dr Kham entertain no brape yek? Dan walopon aku dah kuar brekfas bagai, no kt dalam dengan doctor adalah no 3. Ada lagi 7 orang sebelum aku. So aku lepak2 luar dalam 20 menet masuk balik n tnye nurse soklan td. So kiter neh buley bajet2 sorang patient bape lama dalam bilik doctor. Dan bile doc tgh entertain no9, aku tepon laki aku soh masuk dan tunggu kt dalam. Berdiri ye. Aku xkasi laki aku duduk sb kesian ng kes2 bakal bapa xreti nak ada kesedaran sivik.


Sekian. Kalo korang yg dah kawen berusaha utk conceive, dari awal ekceli korang laki bini dah kene tunjukkan tingkah laku yg lebey mulia dari yg salu korang buat. Sb mende2 neh efek kt anak walopon hanya dalam kandungan. Sekalipon sayangkan bini, orang lain pon ada bini gk yg pregnant.


Perenggan di atas adelah nasihat2 dari org2 tua dan mak aku sendiri.

Daaa.

Monday, April 4, 2011

Sudah Mula

Salam n hi.

Oh syukur gilak proses pembelian rumah berjalan lancar dan paling seronot adelah tiada langsung kene denda - kalo kes bank lmbat release payment kt pemaju. Member ada yg kene denda RM500, ade yg kene RM200++.


Ini adelah kerana aku ng laki aku mengambil langkah menjadi saiko ari2 call bank tnye dah release payment ke belom. Sudahnya rasanya bank jadi muak asik dengau suara aku ng laki aku selang seli dok tepon.


Bulan ini aku ng encek suami sudah memulakan tanggungjawab baru = membayar ansuran bulanan rumah yg bakal didiami setahun akan datang. Kitorg amik option bayar interest je dulu walopon natijahnya = tempoh bayaran akan terpanjang sket dalam bbrp bulan.


Ekceli bagus jugak amik option byr interest dulu dari bayar penuh siap2. Setiap pilihan yg dipilih ada hikmahnya bukan. Ohohoho!~


Daaa.

P/s: Ayah mertua sudah buley berjalan semula. Bakal turun KL dlm masa terdekat utk berurut. Balik dari johor ritu sempat bawak abg2 ipar melawat rumah yg sudah naik dinding dan bumbung. Sudah kire timing Nilai-Batu Pahat lebey kurang 3jam.

Tuesday, March 29, 2011

Menternak Jerawat Secara Aktif

Salam n hi.

Apa kabar? Aku sehat. Alhamdulillah. Semalam baru pulang dari batu pahat, bapak mertuaku tibe2 diserang muntah2 dan lemah kaki. Horror i tell u. Pttnya last week mertua turun KL sb kazen encek suami kawen kt semenyih nun. Apokan dayo kamis pagi2 bute subuh2 mama mertua call ckp ayah muntah2 dan xbley jalan. Ape lagi adhoc sume adek beradek balik johor kamis malam tu jugak.

Bapak mertua aku ada strok tp lepas 7tahun, beliau sudah buley berjalan dengan menggunakan tongkat. Akan tetapi satu mende yg aku kurang gemar, bapak mertua adelah tidak suka jaga makan dengan menggunakan ayat puaka - kalo xmakan pon aku mati, baik aku makan.

Selasa lepas sebelum kejadian bapak mertua tibai makan tapai, ubi, sup kambeng, sup tulang - sudahnya darah tinggi mencanak naik, jatuh bilik air seb bek mama mertua ada. Dan kebetulan 2 org jiran datang sb nk amik kunci spare utk tlg jaga rumah bile mertua aku turun KL. Depalah gagah gigih angkat bapak mertua utk bawak ke spital. Seari gak beliau berkampung kt sana.

Skg neh memerlukan wheelchair utk bergerak ke mana2 dan bapak mertua adelah sgt lemah. Berjalan hanya buley setapak. Lepas setapak, mmg akan jatuh. Nasib baik encek suami dan abang2 berjaya memujuk bapak mertua utk g berurut kt jiran aku - tukang urut glemer Haji Bidin. Nak memujuk makan 2 3 ari gak. Ari isnin (semalam) baru setuju.

Semoga bapak mertua akan gagah kembali sb bulan 11 abg iparku mahu kawen. Dan byk juga aktiviti menarik yg sepatutnya jatuh pada bulan 11 neh.

Oh berkenaan tajuk entri, skg neh humangai melambak2 jerawat tumbuh kt belakang badan dan muke ku ini. Sekali tergaru fuuuuhhh nikmat ko sakit smp bergenang air mata. Encek suami lately selalu memandang geram muke aku. Hanya kerana jerawat yg tumbuh bagai meminta2 dipicit oleh encek suami. Encek suami mmg suke bab2 picit jerawat. 

Marilah menternak jerawat secara aktif.

Daaa.

Sunday, December 19, 2010

Ape Yg Buley Korang Buat Sebelum Beli Rumah?

Salam n hi.

Aku xde aa hebat mana bab2 pembelian hartanah tp aku cube kongsi ape yg telah aku belajar masa proses nk beli rumah.

Brand new house dari pemaju.
1. Bajet. Ini adelah aspek paling penting masa nk beli rumah. Utk kes aku, sengaje aku ng encek suami tidak beli rumah sebelum kawen. Kitorg dah bincang bahawasanya kami maukan hartanah yg datang dari harta sepencarian.


Kitorg decide utk gabung loan dimana option ini paling glemer utk pasangan baru kawen. 


2. Lokasi. Kitorg riki2 rumah dekat 2 bulan. Priority = Serdang, Seri Kembangan, Bangi, Kajang, Cheras. Akan tetapi sume hancus. Kalau hrge dah cantik, keluasan plak kecik bangat. Keluasan sedap, hrge plak subhanallah dasat. Lokasi dah sedap, leasehold plak. Oh aku nak freehold. Ape beza?


Leasehold = pajakan kerajaan yg salunya 99 tahun. Mana nak tau rumah tu leasehold ke x? Secara kasar rumah berharga 220k kebawah selalunya leasehold. Tp ada gk rumah leasehold berhrge atas 250k terutamanya area bangi, puncak jalil, cheras, balakong. Xsemestinya rumah yg korang beli itu korang dpt 99tahun pajakan. Selalunya pajakan bermula dari tahun pemaju dapat tanah tu dari gomen. Tp ini bergantung juga atas perjanjian antara gomen dengan pemaju.


Freehold = pegangan bebas. Selalunya rumah freehold agak mahal sedikit dalam 250k ke atas. Kire toksah risau kalo tetibe gomen nk amik tanah tu balik. Alaaa skg neh free/lease sama je.


**Harga adelah utk kawasan yg telah disebut sahaja.



Setelah mencari2, akhernya kitorg jumpe lokasi yg sesuai, hrge yg menarek, keluasan rumah yg superb.


3. Sesi interview. Bukan interview ape. Kalo buley tnya org keliling kawasan yg nak dibeli, ape pro dan cons kalo beli kt situ. Mana tau bekas kubur ke, bekas buang sampah ke, dekat ng loji kumbahan ke, kawasan bukit ke (skg byk tanah runtuh). Mcm aku, aku prefer kawasan ramai org melayu sb kalo bab2 khariat kematian ke ape ke senang.


4. Harga rumah. Ini kire sambungan no2. Kenape kitorg pilih rumah yg bbrp ribu lagi mahal yg lokasi sedikit jauh dari umah parents aku padahal kt kajang rumah baru nk naik ade je yg lagi murah?

Anggaplah rumah kt kajang yg baru nak naik berukuran 20'x70' berharga 200k (bukan harga sebenar).
a. teres 2 tingkat
b. 4 bilik tidur + 3 bilik air
c. porch muat sebijik kereta
d. dapor dengan 1 mangkuk sinki
e. ada tanah dalam 3 kaki kt belakang rumah

Rumah yg menjadi pilihan yg sedikit jauh pula berukuran 20'x70' berharga 230k (bukan harga sebenar).
a. teres 2 tingkat
b. 4 bilik tidur + 4 bilik air
c. porch muat 2 bijik kete <-- ohh ini requirement encek suami
d. dapor dengan 2 mangkuk sinki <-- ohh ini requirement aku
e. tanah belakang xder, tp dapo sudah disiap besarkan, ada built-in kitchen kabinet, stove masak, hub penyedut minyak, dapor dengan tile penuh, sume bilik air bertile corak2.

Aku dan laki aku wat kire2. Jika sekiranya kitorg beli rumah option pertama dan sekiranya mau renovet menambah baik seperti yg terdapat kt option 2, kitorg memerlukan modal 30k lebey kurang. Dah alang2 rumah option kedua terus siap segala2nya besar, kitorg terus sebat sb kt situ agak kencang jualannya.

5. Siasat latarbelakang pemaju. Ini penting. Mana tau pemaju tu xdpt kelulusan gomen ke ape ke.

5. Kalo korang ada member2 yg keje majlis perbandaran, korang amat bertuah. Nasib baik encek suami ada member baik keje majlis bandaran kajang, dia buley tlg cekkan either tanah yg dibuat rumah itu selamat atau x, kawasan black area atau x. Jadinya asal ada kawasan yg kitorg mcm berminat nk beli je, kitorg mintak tlg mamat neh cekkan. 

Re-finance rumah, yakni beli rumah atas orang.
1. Interview. Ini paling penting. Siasat latar belakang sejarah rumah yg ingin dibeli. Mcm ada satu rumah yg kitorg tgk cantik, dah siap renovet tp pelik sb 1) jual murah 2) dah dekat 5tahun jual tp xder orang beli. Haaa bapak aku ckp - entah2 ada orang bunuh diri x?? Ini penting beb. Kitorg xjadi beli sb lepas aku riki2, kawsan situ penah bergerak tanah dia. Neh bukan hantu aa, neh pergerakan tanah yg bulay wat tanah runtuh/ rumah retak.

2. Jgn mudah pecaya dengan hrge yg ditawarkan penjual. Let say tuan rumah jual dalam 250k. Korang harus mintak bank cekkan harga sebenar rumah itu. Katakanlah bank ckp pasaran rumah tu ekceli harga dalam 200k walopon dah renovet ape bagai (sebab bank x amik kire kos renovet), belen 50k korang kene tmbah sendiri.

Trivia:
1. Setiap phase rumah yg dibangunkan akan meningkat harganya dalam 10k - 20k. Let say phase 1 rumah dijual dengan 150k, phase 2 akan jadi 170k. Jika kawasan tu akan dibangunkan dalam banyak phase, korang kire sendiri aa bape harge maksimum phase terakher rumah tu nnt dlm ms bbrp tahun.


2. Jgn terpedaya jika pemaju ckp stamp duty free utk legal charge (salunya pemaju akan tulis kt flyer - promotion: legal fee + S&P charge fee free). Ekceli gomen mmg kasi free utk duty stamp utk pembelian rumah pertama. Oohohoh!!~ Kantoi ko pemaju ng bapak aku!!~


Nasihat aku, bawaklah orang yg berpengalaman dalam pembelian rumah kalo korang xreti bab2 nk beli rumah. Alhamdulillah, bapak aku kontek terus kazen aku manager rhb melaka sana tanyakan pasal loan rumah dan siap tlg cekkan status pemaju. Tu sebab agk kelakar bile borak ng pemaju dia bajet kitorg buta xtau pape. 

Ingat, sediakan payung sebelum hujan. Walopon bekenan ng mana2 rumah, korang harus wat penyelidikan terperinci tentang kawasan rumah itu.


Daaa.

Saturday, December 18, 2010

Seal The Deal!

Salam n hi.

Baru pulang dari lokasi yg bakal menempatkan kediaman kami.

Julai 2012 insyaAllah kitorg laki bini akan ada mempunyai kediaman sendiri. Harap2 sumenya bejalan lancar selancar primax95.

Sudah seal the deal dengan pemaju. Sekarang dalam proses penyediaan dokumen dan urusan2 yg sepatutnya.

Lokasi? Rahsia. Ohohoho alaa xglemer pon tmpt neh tp hrge yg ditawarkan dirasakan amat2 berbaloi untuk aku yg mementingkan sinki dapo ms beli rumah (aku xsuke sink 1 mangkuk, payah aku nk masak. Pemaju sediakan sinki 2 mangkuk, stove masak, hub penyedut minyak, kitchen kabinet built in).


Di bawah adelah rumah phase 2 - mbr dept aku beli kt phase neh, aku beli phase3b. Pengapit encek suami ms mjlis belah aku dlu beli kt phase3a.
Sekeping gmbo dah aaa. Lihatlah pasangan 2 sejoli yg sudah berkapel 35 tahun. InsyaAllah, kediaman kami berupe spt gmbo di atas.

Mudah2an dilancarkan urusan.

Daaa.

Friday, December 17, 2010

Walaweehh~

Salam n hi.

Lama sungguh aku menganaktirikan belog ini. Bz meh. Lepas jadi bini orang, aku jadi malas apdet belog. Sampai jorah bebel2 aku rajin komen belog dia tp belog sendere mcm hampagas. Apokan dayo, eden pemaleh.

Ohohoho!~ Baideweei, jutaan tahniah kpd semua b2b di luar sana yg dah selamat menikah. Farah Fatihah, Mysarah dan saper2 lah. Banyakkan bersabar dalam mengharungi alam rumahtangga nak2 kalo ada mangkuk2 hayun yg suke mencampuri urusan rumahtangga korang2. Ingt, suami lagi penting dari melayan mangkuk2 hayun ini.

Sepanjang lepas kawen (to be exact pas balik hanimun) sungguh byk aktiviti yg disertai oleh kami laki bini.

1. Ayah dan mama encek suami rajin turun kl sb sedara mara encek bakal suami berduyun wat kenduri. Buley dikatakan tetiap bulan aa. Skg neh stop kejap, smpailah bulan 3 nnt, kazen encek suami menikah kt semenyih sana.


2. Kompeni famili day. Ohhhh menareekk!!~ Inilah kompeni outing yg pertama kitorg sertai sbg laki bini. Selama neh asing2 bilik sb ye laa xkawen lagi kot. Gile ape nk sebilik. 2 3 mggu sblum famili day, rancak diusik - haaii xkuar bilik laa budak2 baru kawen neh. Haa kompeni den ada 2 kapel pengantin baru - 9/10/10 dengan 10/10/10 (kitorg aa).


Famili day dijalankan kt Legend Waterhomes ape nth nama pjg dia. Ohh mmgla salu kene usik sb setiap bilik ada private pool. Uuuuuu kinkyyy!!~
Empat segi itu adelah encek suami yg diempatsegikan. Ohohoho~

Buley tgk ikan 
 
Aktiviti tidak pack. Kitorg ada byk masa bersukaria riang ria rejois. Ahad pagi ingt nk berjoging, tp apekan dayo ujan la plak. 


Ari jumaat adelah aktiviti beach soker. Xder la beach mana, ianya pasir buatan sendiri. Layankan jela. Pasukan adelah terdiri daripada kompeni2 bawah sapuracrest. Ada 4 team sumenya. Kompeni aku menang sorak je. Belum abis, aku ng laki aku balik bilik. Aku nak iron baju nk pkai untuk makan malam.
 

Sabtu pagi sukaneka. Kategori dewasa ada, kanak2 ofkos ada.
 
 Abaikan brader pegang sudip tanah. Peratikan pasangan bahagia sbg latar itu.



Team kitorg team biru. Menang sorak gk sb dpt no 1 dari belakang. LOL!~ Malamnya ada Gala Dinner berkonsepkan Masquerade Black Red. Aku xkose nk beli baju baru. Bedal aje kurung moden yg dah mmg merah itam. Save bajet di situ. Jadi bidan terjun juge pegang dulang sampul hadiah. Interferem atas pentas.




Pulang dari PD ahad tu, terus ke Jalan Parlimen, temankan encek suami yg mau menonton worldcup penbol.

Esok akan ke satu tmpt yg insyaAllah akan menjadi kediaman kami dalam masa 2 tahun lagi.

Semoga semuanya berjalan lancar~

Daaa.