Tuesday, February 22, 2011

Meriah Sabtu dan Ahad

Salam n hi.

Sabtu dan ahad lepas amat hectic wekend kami laki bini.

Sabtu
Meraikan pasangan pengantin baru sepupuku si padil kt bachang sana. Fuuuhh amat menarek:

1. LAPAN jenis lauk yg berlainan; daging tetel masak asam pedas (must have kt knduri org melaka), ayam golek, ikan pari+terung masak kari, nangka masak lemak cili api, sambal udang, ikan keli pedas, ayam masak pedas gk kot (aku x amik), dan kambing masak ape ntah. Lagipon padil dan bapaknye adelah tokey catering kt bachang tuh haa. Lihat gmbo di bawah:
 Tgklah laki aku tuh haa. Kemain lagi dia. Dengan sengaje aku snap perut dia.

2. Khemah yg kalerful. Belang2 gitu. Pink ade, biru ade, ijo ade, coklat ade. Glemer ko!!~


3. Encek suami ckp - abah nampak hepi giler dpt jumpe kakak2 dia. Ofkos la bang oi, abah adelah adik manja.
  Bapak bersama akak2 dan adik bongsu beliau bertudung coklat.

4. Bergambo ng sepupu yg sedang memboyot 8 bulan. Amik aura kata orang.

5. Ofkos la amik gk gambo bersama encek suami. 

6. Last skali baru letak gambo pengantin. Isteri sepupu adelah inspektor polis kt cheras nun. Malam sebelumnya dah selamat dah aktiviti mercun bunge api bagai. Kene simbah ng air basuh pinggan pon malam tu gk. Saper la yg malang. Hah jgn xtau, walopon neh kenduri belah lelaki, ada gk sesi tukar2 baju. Aktiviti tukar2 baju dibuat sebelum majlis bermule kol 1.30PM. Masa berarak neh aku ng famili dah chow sb nk balik rembau ada urusan.
 

Ahad

Meraikan plak kenduri kawen mbr matrik kat Taman Warisan Pertanian Putrajaya nun. Maklumat yg aku dpt, kalau nk sewa, adelah RM1000, tanpa ada kusi meja. Tahniah Jaja!!~
 

Gambo 1st adelah Bedah, adik Jaja. Ekceli depa adelah kembar tahun. Jaja lahir bulan Januari 1984 pastu Bedah lak lahir December 1984. Bedah kawen dl last yr, skg tgh membunting. Oh dah 2 ari berturut2 aku bergambo ng orang bunting. Seronok plak raso eh. Ohohoho!~

Tahniah kpd semua pengantin baru!!~

P/s: Baju yg aku pakai kaler pepel itu adelah baju bertandang aku arituh.
Daaa.

Wednesday, February 16, 2011

Tips Untuk Bakal Suami

Salam n hi.

Jika sekiranya terdapat lelaki yg bakal menjadi laki orang atau pon yg dah kawen baca blog aku neh, di sini aku mau bubuh bbrp tips bagaimana anda buley mengambil hati isteri anda dengan mudah sekali.

1. Puji walopon masak xsedap.
Betul. Ini tips bukan main2. Jika sekiranya isteri anda mmg xreti memasak sebelum kawen then tetibe mau jadi chef terbaik untuk anda. Minggu2 pertama masak tumis air terlebey garam atau xboh garam langsung, masak kicap terlebey bubuh tepung menyebabkan kuah terlebey likat, masak sambal xgoreng sambal smp masak betul jadi terlalu pedas atau paling mudah terlebey goreng ayam smp hangus. Jangan terus menghukum, sebaliknya ckp je 'sedap yang' atau ayat laki aku salu bagi 'bini abg masak mistilah sedap' padahal hakikat tertawar sket lauk aku masak. Secara xlangsung pujian2 membina ini akan memberi motivasi kpd isteri anda utk terus maju ke hadapan. Dan aku berani jamin, seterusnya isteri anda akan sentiasa mau belajar memasak dan memperbaiki skill beliau. **Tips adelah pengalaman peribadi penulis dan sepupu beliau.

2. Dah makan kt luar masa tgh lepak ng kawan2, balik rumah tgk ada lauk isteri masak, jamahlah sikit.
Jangan terus ckp 'abang dah kenyang' atau ape2 yg sewaktu dengan maksod korang xnk makan. Jamah la sikit. Sesuap pon jadilah. Kurang2 penat lelah isteri korang kt dapo terbalas ng sesuap tu aje. Sebab tu badan laki aku bagai dipam pam sekarang ini. 


3. Offer diri membantu isteri.
Isteri neh as default akan suke melakukan aktiviti sebagai suri rumah yg tipikal bile dah kawen. Kemas rumah, masak, mop lantai, lipat kain, basuh kain dan sebagainya. Oleh itu aku mau sarankan offerkanlah diri korang utk sama2 membanting tulang mcm tolong basuhkan porch rumah, tolong basuhkan kete isteri, tolong basuh pinggan lepas makan, buat spring cleaning rumah bersama2 atau apa2 kerja sekalipon. Nescaya isteri korang akan menghargai usaha baik korang. Jangan bagi alasan anda penat bekeje 5 kali seari untuk mengelat. Ada isteri yg juge bekeje 5 kali seari seperti anda.


4. Layan borak isteri anda.
Atau dengan kata lain, jadilah pendengar yg baik. Isteri neh as default banyak ckp dari suami, membebel dia mmg number onelah. Layankan aje dia berckp. Tadah telinga pon jadilah.

5. Jangan bagi ayat berunsur negatif.
Let say isteri anda sudah bagai dipam pam badan beliau atas faktor gembire makan byk lalu lemak2 sudah mule berkeliaran di keliling badan. Tolonglah jangan guna perkataan seperti 'apesal ada lemak kt sini, dulu b4 kawen selim aje'. Wahh ko mmg carik nahas. Cube guna ayat diplomasi seperti 'jom joging nak, ley sehatkan badan kiter, kiter pon dah lama x eksesais' atau 'jom kurangkan makan, mana tau nnt awak buley muat balik baju tunang awak aritu'. Walopon mcm sinikal, tp kurang2 tidaklah terlalu direct to the point yg rata2 kita tau pompuan suke dengar ayat bunga2.


Dah. 5 cukup. Yg nombor satu ng nombor dua tu mmg pengalaman aku. Jujur bukan. Yg lenlain adelah berdasarkan pemerhatian aku. 


Kene ingat, rumahtangga bukan semata2 menghalalkan ape yg haram. Ia adelah ibadah dan hubungan suami isteri memerlukan kejesama yg baik dari kedua2 belah pihak.


Daaa.

Friday, February 11, 2011

Off Pregnancy

Salam n hi.

Oh tidaaakk.. guwe belom mempunyai benih cinta lagi dalam rahim guwe. Munkin rezeki belom tiba. Cuma masa bulan 11 ritu aku mengalami chemical pregnancy. Nak tau ape tu? Gugel sendiri. Aku malas nk cite.

Stress? Sket tu ada aa. Lama2 ok. Mcm mn buley ok? Meh aku share kata2 positive dari encek suami mahupon kepale otak aku sendiri pk centuh.

1. Tuhan lebey tahu kemampuan diri aku dan encek suami
Start bulan 11 sampai la january baru2 neh, kami stress memikirkan hal menguruskan pembelian rumah. Gado ng org bank, berlari kesana sini menguruskan borang2 dan mcm2 lagi. Jadinya, aku pk bagus gk tidak pregnant dlm jangka masa sehingga bulan lepas sb let say aku neh pregnant plus muntah2 kaw2, perut cramp kaw2, susah gk nk menguruskan hal2 berkaitan rumah.

2. Badan aku masih lagi cuba beradaptasi ng hormon suami
Oh tetiap bulan aku sakit2. Cuma start abis period bulan 1 sehingga aku start period awal mggu arituh, aku sudah mule menunjukkan ciri2 pemulihan. Tiada sakit2. Kalo x, demam panas, pening kepala smp nk pitam dan mcm2 lagi. Kazen aku ckp time dia dulu lepas kawen smp la 6 bulan tempoh kawen, tetiap bulan demam panas + muntah2 mcm org peknen. Padahal xpon. Semuanya atas sebab badan mau beradaptasi ng hormon suami.

3. Memanjangkan lagi waktu untuk menjadi isteri yg terbaik untuk suami
Haa ini aku pk sendiri. Aku pikir, jikalau aku pregnant awal plus morning sickness kaw2 dan apa2 sewaktu dgnnya, munkin peratus untuk aku meningkatkan tahap ke'best'an menjadi isteri yg best akan berkurangan. Oleh itu sementara tengah idop berdua neh, aku berusaha sehabis daya aku untuk suami.


4. Have a better sex life and enjoy it~
Jujur bukan. Ahahahah!!~ Sile elaborate sendiri.

Apa2 pon aku tetap maukan benih kasih sayang kami akan menjadi. Tetiap bulan usaha kaw2 baik punya. Tapi aku ng encek suami tetap bare dalam kepala otak kitorg bahawasanya Tuhan mempunyai perancangan yg rapi kepada umatNya.

Kepada mana2 pengantin baru yg terasa stress bile org dok tanya2 soklan yg kiter xsuke, aku buley nasihatkan - Tuhan lebey tahu nape kiter xpregnant sekarang. Sementara belom ada isi, korang buley spend time berdua dengan lebey mantap lagi. Ohohoho!~


P/s: Usaha tangga kejayaan!!

Daaa.

Thursday, February 10, 2011

Amik Hati, Hempedu, Jantung Yada Yada Yada

Salam n hi.

Dalam masa 4 bulan berumahtangga neh sedaya upaya kitorg balik johor ke rumah mertua. 

Bulan 10 2010: Balik johor sb majlis bertandang.
Bulan 11 2010: Xbalik johor sb mama ng ayah tetiap mggu turun KL sb sedara mara byk wat kenduri.
Bulan 12 2010: Balik johor sb saja2 balik melawat mertua.
Bulan 01 2011: Xbalik johor sb mama ng ayah turun KL abg ipar wat knduri cukup jambul.
Bulan 02 2011: Sok malam balik johor sb kazen encek suami kt melaka wat kenduri kawen.

Hah. Tu dia. Sepanjang aku jd beruang kutub hibernasi bak kata jorah the kejora, aktiviti kami laki bini pack ng kenduri kendarat. Nak2 sedara mara adelah berlambak2 xkawen2 g termasuk 2 abg ipar aku yg sorang dah cop 11/11/11 nikah. Hish giler glemer gk abg ipar aku mcm aku gk ritu. Ohoho!~

Oleh itu, jika sekiranya anda pulang ke kampung halaman encek suami, xkire le rumah parents atau rumah nenek, atau ke rumah sedara mara, ape yg perlu korang lakukan.

A. Rajin ringan tulang membantu ape patut
B. Duduk2 layan borak ng makcik2 yg suke borak2
C. Duduk aje dalam bilik xbuat apa2 pon
D. Dok berkepit je ng suami anda mcm belangkas
E. Kesemua jawapan di atas


Hah pilih2 mana korang nak. Berdasarkan pengalaman aku, eloklah kirenya anda menjadi:


1. Seorang yg ringan tulang
2. Byk mendengar dari bercakap


Kenapa? Sebab famili yg satu lagi baru kenal kiter (melainkan kalo dah kenal rapat tu lain citer aa. Neh aku ckp utk korang2 yg lepas kawen br nk kenal sume org). Mereka xtau peel kiter mcm mn.


Mak aku ckp, becok mcm mn pon, sebagai newlyweds, kiter kene jaga tingkah laku sb secara otomatis kiter membawa imej dan maruah suami. Kang ape2 jadi suami kiter gk kene.

Bile aku balik johor, secara otomatik aku akan menjadi pekebun kecil2an. Sebab mertua aku ada kebun yg berekar2 mak hai segala mak nenek sayur ada. Bela ayam lagik. Satu sebab aku suke balik johor sb mama mertua aku resemble arwah nenek aku. Bela ayam dan bekebun. Aku suke. Nnt anak aku buley kenal ayam, cili padi, pokok nangka, durian, pisang, rambutan, limau purut, babi hutan (oops), secara live unplugged. Huish byk lagi pokok2 mertua aku tanam. Jiran sebelah mertua aku plak tanam pokok roselle.

Bile nak balik ke rumah mertua adelah lebey molek jika bawa buah tangan. Xkire la korang nak bg ape pon. Orang tua neh sebenarnya xsusah nk dilayan. Amik hati dia, rajin dengar dia bercerita, tolong dia sedikit sebanyak, insyaAllah semua akan beres.

Walopon aku fail bab2 bekebun neh, tp ikot je la dia g kebun. Kurang2 terisi gk masa aku kt kampung encek suami.

TAPI, harus diingat, korang harus tabah dan bersiap siaga dengan ayat2 tapisan mahupun muke segaris bile org2 kampung bertnya - 'dah ada isi ke' atau 'nk bercucu dah ke' jika sekiranya anda masih belum mempunyai apa2 tanda.


Macam aku terkena bulan 12 ritu, aku folo mertua aku g kenduri cukur jambul jiran beliau. Ari sebelum tu terkejut beruk sb aku terlupe bawak spare baju kurung. Dan2 g carrefour batu pahat nun cari baju kurung. Seb bek jumpe.


Walopon sume makcik2 baik2 belaka misti terselit sorang dua yg bermulut xtau kaver. Itu stended. Dan2 aku terkena soklan cepu cemas. Kebetulan plak aku demam baru nk baik. Terus itu makcik assume - demam nk lekat laa tu. Abis sume org dengar. Ape aku buat? Sengeh2 je laa. 


Dalam kete, mama ckp - ko wat bodo je ng ape org2 ckp. Nama pon rezeki.


Ohh i lap u mama!~


Lagi satu, korang kene ingt, kalo xder mak ng ayah mertua korang, makanya xlahir kedunialah suami korang. Btul x?


Oleh itu sebaik2nya kiter melayan mereka dengan bagus sb apa2 pon suami kiter ttp anak depa walopon kadang kiter ada terasa hati ke, terpendam perasaan ke, terkena lazer ke. 


Ada famili lagi satu neh sebenarnya best nak2 kalo lifestyle depa berbeza dengan kiter. Aku dok area pekan, time ada knduri/ raya je balik rembau ng melaka. Suami plak dibesarkan dalam suasana kampung, merantau dari perak-kedah-perak-kajang-johor. Jadinya berlainan cara hidup adelah seronok kalo korang pandai bawak diri.


Daaa.

Ampat Bulan Meehh

Salam n hi.

Waaa akhirnya aku wat post baru setelah sekian lamanya aku jadi pemalas tegar. Jorah, lihat ini. Aku wat post baru weh. Sila wat kenduri kesyukuran.


Okeh. Ekceli aku tertarik mau kembali membelogkan diri ini ari sb post jorah yg ini. Menarik bukan. Semua tips yg diberi adalah sgt2 berguna. Malahan aku juga mempraktikkannya. Oleh yg demikian, aku mau menokok tambah beberapa item yg aku praktik sepanjang dah 4 bulan aku idop berlaki.

1. Bertolak ansur
Sungguh random stetment itu. Disini aku narrow down kpd item di bawah.

Jangan TIDAK pedulikan mertua anda. Kitorg laki bini tgh tngu rumah siap 2012. Lambat lagi, sebab itu dari kitorg membazir beberapa ratus bayar sewa rumah, baik kitorg dok umah parents aku. Nape dok umah parents aku, sebab umah parents laki aku jauh nun johor sana. Logik x alasan. Oleh sb itu, aku berusaha utk bertolak ansur ng laki aku supaya tetiap bulan menggagahkan diri balik johor. Jauh pon jauh la. Sb tetiap ari encek suami dok ngadap muke mak bapak aku, adik aku lagi. Xkan aku xbley nk konsider balik umah parents dia sebulan sekali. Jadinya nasihat aku utk bakal pengantin, jika mertua org jauh, lawatlah mereka koman2 dua bulan sekali ke, bergantung kepada bajet anda. Jgn kejam memisahkan anak (suami anda) dengan mak bapak mereka.


2. Guna perkataan TOLONG. Jika sekiranya kiter terlalu sibuk menguruskan rumahtangga mcm memasak, kemas rumah, basuh baju, lipat kain, basuh porch, xsalah untuk kiter mintak tlg encek suami membantu meringankan tulang. Cumanya janganlah hanya ckp - 'lipat kain tu bang' atau 'basuh bilik air tu bang' dan seumpamanya. Lebih manis dan beradap jika kiter ckp - 'tolong saya buley x bang?' atau 'tolong basuhkan bilik air buley x, mekaseh!!~' dan seumpamanya. Xder la mendidih telinge suami dengar kiter mcm mengarah.


3. Sentiasa berbincang. Hatta hal sekecik kutu rambut korang. Itulah guna idop berlaki bini. Ape guna berkahwin tapi xreti duduk bermesyuwarah. Aku praktikkan, walopon sekadar untuk beli blouse, aku akan bincang ng laki aku tapi xder la sampai duduk bersila kt ladies dept jd ahli mesorat bilik fitting. Sekurang2nya, aku tau encek suami berkenan atau tidak ng ape aku beli. Sekali aku bekenan terus aku beli, balik umah kene kondem, xke gado nnt? Haa mende2 bincang neh buley meminimakan aktiviti bergado dan bermasam muka.


4. Jangan buat ape suami xsuka. Ala2 tips no 3 di atas. Ingat, ape2 yg kiter buat, kiter harus fikirkan suami kiter. Berdosa kiter equals to berdosa suami kiter. 


5. Maniskan diri di hadapan suami. Baik. Sekalipun kiter neh xreti bermekap, sekali pon kiter neh bukan high mentenen, sekalipun kiter neh bukan pakai barang2 branded, akan tetapi semenggahkanlah diri di hadapan suami. Sebelum kawen ritu, mak ng mak andak aku pesan, dah kawen pon kene pandai berhias. Paling koman pon kemas dan tidak selekeh walopon di rumah. Bile aku peratikan mak ng mak andak aku, kata2 depa bukan setakat berkata2. Mmg itu yg depa buat. Kalo baju kelawar mak aku dah koyak/ hampir lusuh, terus mak aku tukar baru. Bukan xbuley pakai baju kelawar kt rumah tp jgnla dah koyak belah ketiak tu korang pakai lagi.

Aku rasa, neh je la kot buat masa sekarang. Berkahwin itu manis, tp jangan amik kesempatan bile suami dok ckp - abang xkesah. 

Sebab, kene ingt lelaki secara basis adelah tertarik dengan perempuan melalui mata. Miskin mcm mana pon perempuan itu, tp kalo lawa/ manis pada pandangan lelaki, dia akan otomatik tertarik.

Perempuan tertarik ng lelaki melalui telinge. Huduh mcm mn pon lelaki itu tp kalo hebat bagi ayat manis kalah gula, perempuan suke dengar. 


Ini aku belajar masa kursus kawen dulu dan aku peratikan ianya betul. Tp ingt, ianya basis. Sebenarnya ada byk lagi sebab nape adam dan hawa tertarik antara satu sama lain bukan.


Daaa.