Thursday, April 7, 2011

Sila Bagi Laluan

Salam n hi.

Aku ada sesuatu yg serius yg ingin diberitahu. Atau berkongsi. Sebab mende neh melibatkan kesedaran sivik masyarakat kita.

Arituh aku g Gynea Annur kt Bangi sana atas sebab2 tertentu. Saper2 yg penah pergi sana, tentu tahu keluasan Gynea Annur tidaklah begitu memuaskan. Sedikit sempit compared to Az Zahrah. Kerusi pon terhad, tidak cukup utk occupied patient yg melambak2. Dan waktu menunggu kt Gynea Annur adelah berjam2.

Kiter pon tahu, kt gynea patient dia selalunya ibu2 mengandung yg sudah memboyot perutnya. Nak jalan pon payah. Ada juga patient yg baru2 mengandung dan ada juga patient yg mahu membuat pemeriksaan yg bukan berkaitan dengan hal2 ibu mengandung. Sakit puan kan luas skop dia.

Jadinya, berdasarkan pengalaman aku jd patient kt Gynea Annur ini, byk gelagat2 bakal2 BAPA yg aku tgk:

1. Jenis hanya concernkan bini dia sorang, langsung xhirau ibu2 mengandung boyot2 yg lain.
2. Jenis yg mmg kesedaran sivik yg tinggi, tunggu kt luar sb xmoh mengganggu ibu2 memboyot utk duduk kat kerusi yg terhad itu.

Sadis korang tau. Ibu2 memboyot terpakse berdiri ng membawa tampungan perut yg dah bape kilo itu. Bakal2 bapa buley selamberrrr badak duduk tgk tv sambil bersuke2 ng bini masing2.

Kes paling jelas adelah depan bijik mata aku. Aku tengah duduk. Depan aku ada sorang bakal bapa bersama isteri beliau. Dan di sebelah beliau telah berdiri seorang ibu yg sarat mengandung, aku bajet dalam 7 bulan kandungan dia. Dan kebetulan depan brader neh td ada notice board yg ada tertulis satu notis yg lebey kurang mcm neh bunyinya: Kepada bakal2 bapa yg dihormati, utamakan tempat duduk kepada ibu2 mengandung. Siap ada imej ibu mengandung lagi.


Dan aku nampak brader neh baca notis tu dan beliau buley wat bodo je!! Apekah ko nk jadi bapak budak tp xder contoh baik. Sudahnya, aku panggil akak td dan soh dia duduk kt tmpt aku.

Jadinya kpd B2B di luar sana dan yg dah kawen, jika sekiranya korang pregnant, dan suami korang ikot korang utk wat checkup, mintaklah tolong ng laki korang, tunggu kt luar dan kasi peluang kt ibu2 mengandung utk duduk. 

Dekat Gynea Annur, meh aku kasi tips mcm mn laki korang xkan terlepas utk join korang jumpe doctor walopon dia tngu kt luar.


Ape aku buat adelah, aku dah setkan doctor mana aku nak. Let say no aku adelah no 10<--walopon aku register kt kaunter pukul 8 pagi, orang mmg berpusu2. Lepas amik berat dan tekanan darah (walopon xpeknen, mmg itu prosedur), aku ng laki aku kuar brekfas kt Restoran Kelisa sederet Gynea Annur itu.


Lepas brekfas, laki aku tngu luar, aku masuk dan tanya nurse: Skg neh Dr Kham entertain no brape yek? Dan walopon aku dah kuar brekfas bagai, no kt dalam dengan doctor adalah no 3. Ada lagi 7 orang sebelum aku. So aku lepak2 luar dalam 20 menet masuk balik n tnye nurse soklan td. So kiter neh buley bajet2 sorang patient bape lama dalam bilik doctor. Dan bile doc tgh entertain no9, aku tepon laki aku soh masuk dan tunggu kt dalam. Berdiri ye. Aku xkasi laki aku duduk sb kesian ng kes2 bakal bapa xreti nak ada kesedaran sivik.


Sekian. Kalo korang yg dah kawen berusaha utk conceive, dari awal ekceli korang laki bini dah kene tunjukkan tingkah laku yg lebey mulia dari yg salu korang buat. Sb mende2 neh efek kt anak walopon hanya dalam kandungan. Sekalipon sayangkan bini, orang lain pon ada bini gk yg pregnant.


Perenggan di atas adelah nasihat2 dari org2 tua dan mak aku sendiri.

Daaa.

No comments: