Wednesday, February 16, 2011

Tips Untuk Bakal Suami

Salam n hi.

Jika sekiranya terdapat lelaki yg bakal menjadi laki orang atau pon yg dah kawen baca blog aku neh, di sini aku mau bubuh bbrp tips bagaimana anda buley mengambil hati isteri anda dengan mudah sekali.

1. Puji walopon masak xsedap.
Betul. Ini tips bukan main2. Jika sekiranya isteri anda mmg xreti memasak sebelum kawen then tetibe mau jadi chef terbaik untuk anda. Minggu2 pertama masak tumis air terlebey garam atau xboh garam langsung, masak kicap terlebey bubuh tepung menyebabkan kuah terlebey likat, masak sambal xgoreng sambal smp masak betul jadi terlalu pedas atau paling mudah terlebey goreng ayam smp hangus. Jangan terus menghukum, sebaliknya ckp je 'sedap yang' atau ayat laki aku salu bagi 'bini abg masak mistilah sedap' padahal hakikat tertawar sket lauk aku masak. Secara xlangsung pujian2 membina ini akan memberi motivasi kpd isteri anda utk terus maju ke hadapan. Dan aku berani jamin, seterusnya isteri anda akan sentiasa mau belajar memasak dan memperbaiki skill beliau. **Tips adelah pengalaman peribadi penulis dan sepupu beliau.

2. Dah makan kt luar masa tgh lepak ng kawan2, balik rumah tgk ada lauk isteri masak, jamahlah sikit.
Jangan terus ckp 'abang dah kenyang' atau ape2 yg sewaktu dengan maksod korang xnk makan. Jamah la sikit. Sesuap pon jadilah. Kurang2 penat lelah isteri korang kt dapo terbalas ng sesuap tu aje. Sebab tu badan laki aku bagai dipam pam sekarang ini. 


3. Offer diri membantu isteri.
Isteri neh as default akan suke melakukan aktiviti sebagai suri rumah yg tipikal bile dah kawen. Kemas rumah, masak, mop lantai, lipat kain, basuh kain dan sebagainya. Oleh itu aku mau sarankan offerkanlah diri korang utk sama2 membanting tulang mcm tolong basuhkan porch rumah, tolong basuhkan kete isteri, tolong basuh pinggan lepas makan, buat spring cleaning rumah bersama2 atau apa2 kerja sekalipon. Nescaya isteri korang akan menghargai usaha baik korang. Jangan bagi alasan anda penat bekeje 5 kali seari untuk mengelat. Ada isteri yg juge bekeje 5 kali seari seperti anda.


4. Layan borak isteri anda.
Atau dengan kata lain, jadilah pendengar yg baik. Isteri neh as default banyak ckp dari suami, membebel dia mmg number onelah. Layankan aje dia berckp. Tadah telinga pon jadilah.

5. Jangan bagi ayat berunsur negatif.
Let say isteri anda sudah bagai dipam pam badan beliau atas faktor gembire makan byk lalu lemak2 sudah mule berkeliaran di keliling badan. Tolonglah jangan guna perkataan seperti 'apesal ada lemak kt sini, dulu b4 kawen selim aje'. Wahh ko mmg carik nahas. Cube guna ayat diplomasi seperti 'jom joging nak, ley sehatkan badan kiter, kiter pon dah lama x eksesais' atau 'jom kurangkan makan, mana tau nnt awak buley muat balik baju tunang awak aritu'. Walopon mcm sinikal, tp kurang2 tidaklah terlalu direct to the point yg rata2 kita tau pompuan suke dengar ayat bunga2.


Dah. 5 cukup. Yg nombor satu ng nombor dua tu mmg pengalaman aku. Jujur bukan. Yg lenlain adelah berdasarkan pemerhatian aku. 


Kene ingat, rumahtangga bukan semata2 menghalalkan ape yg haram. Ia adelah ibadah dan hubungan suami isteri memerlukan kejesama yg baik dari kedua2 belah pihak.


Daaa.

No comments: