Thursday, February 10, 2011

Ampat Bulan Meehh

Salam n hi.

Waaa akhirnya aku wat post baru setelah sekian lamanya aku jadi pemalas tegar. Jorah, lihat ini. Aku wat post baru weh. Sila wat kenduri kesyukuran.


Okeh. Ekceli aku tertarik mau kembali membelogkan diri ini ari sb post jorah yg ini. Menarik bukan. Semua tips yg diberi adalah sgt2 berguna. Malahan aku juga mempraktikkannya. Oleh yg demikian, aku mau menokok tambah beberapa item yg aku praktik sepanjang dah 4 bulan aku idop berlaki.

1. Bertolak ansur
Sungguh random stetment itu. Disini aku narrow down kpd item di bawah.

Jangan TIDAK pedulikan mertua anda. Kitorg laki bini tgh tngu rumah siap 2012. Lambat lagi, sebab itu dari kitorg membazir beberapa ratus bayar sewa rumah, baik kitorg dok umah parents aku. Nape dok umah parents aku, sebab umah parents laki aku jauh nun johor sana. Logik x alasan. Oleh sb itu, aku berusaha utk bertolak ansur ng laki aku supaya tetiap bulan menggagahkan diri balik johor. Jauh pon jauh la. Sb tetiap ari encek suami dok ngadap muke mak bapak aku, adik aku lagi. Xkan aku xbley nk konsider balik umah parents dia sebulan sekali. Jadinya nasihat aku utk bakal pengantin, jika mertua org jauh, lawatlah mereka koman2 dua bulan sekali ke, bergantung kepada bajet anda. Jgn kejam memisahkan anak (suami anda) dengan mak bapak mereka.


2. Guna perkataan TOLONG. Jika sekiranya kiter terlalu sibuk menguruskan rumahtangga mcm memasak, kemas rumah, basuh baju, lipat kain, basuh porch, xsalah untuk kiter mintak tlg encek suami membantu meringankan tulang. Cumanya janganlah hanya ckp - 'lipat kain tu bang' atau 'basuh bilik air tu bang' dan seumpamanya. Lebih manis dan beradap jika kiter ckp - 'tolong saya buley x bang?' atau 'tolong basuhkan bilik air buley x, mekaseh!!~' dan seumpamanya. Xder la mendidih telinge suami dengar kiter mcm mengarah.


3. Sentiasa berbincang. Hatta hal sekecik kutu rambut korang. Itulah guna idop berlaki bini. Ape guna berkahwin tapi xreti duduk bermesyuwarah. Aku praktikkan, walopon sekadar untuk beli blouse, aku akan bincang ng laki aku tapi xder la sampai duduk bersila kt ladies dept jd ahli mesorat bilik fitting. Sekurang2nya, aku tau encek suami berkenan atau tidak ng ape aku beli. Sekali aku bekenan terus aku beli, balik umah kene kondem, xke gado nnt? Haa mende2 bincang neh buley meminimakan aktiviti bergado dan bermasam muka.


4. Jangan buat ape suami xsuka. Ala2 tips no 3 di atas. Ingat, ape2 yg kiter buat, kiter harus fikirkan suami kiter. Berdosa kiter equals to berdosa suami kiter. 


5. Maniskan diri di hadapan suami. Baik. Sekalipun kiter neh xreti bermekap, sekali pon kiter neh bukan high mentenen, sekalipun kiter neh bukan pakai barang2 branded, akan tetapi semenggahkanlah diri di hadapan suami. Sebelum kawen ritu, mak ng mak andak aku pesan, dah kawen pon kene pandai berhias. Paling koman pon kemas dan tidak selekeh walopon di rumah. Bile aku peratikan mak ng mak andak aku, kata2 depa bukan setakat berkata2. Mmg itu yg depa buat. Kalo baju kelawar mak aku dah koyak/ hampir lusuh, terus mak aku tukar baru. Bukan xbuley pakai baju kelawar kt rumah tp jgnla dah koyak belah ketiak tu korang pakai lagi.

Aku rasa, neh je la kot buat masa sekarang. Berkahwin itu manis, tp jangan amik kesempatan bile suami dok ckp - abang xkesah. 

Sebab, kene ingt lelaki secara basis adelah tertarik dengan perempuan melalui mata. Miskin mcm mana pon perempuan itu, tp kalo lawa/ manis pada pandangan lelaki, dia akan otomatik tertarik.

Perempuan tertarik ng lelaki melalui telinge. Huduh mcm mn pon lelaki itu tp kalo hebat bagi ayat manis kalah gula, perempuan suke dengar. 


Ini aku belajar masa kursus kawen dulu dan aku peratikan ianya betul. Tp ingt, ianya basis. Sebenarnya ada byk lagi sebab nape adam dan hawa tertarik antara satu sama lain bukan.


Daaa.

1 comment:

Xora said...

haha aku puas hati baca ~ yeah selepas sebulan ko jadi beruang kutub hibernasi, akhirnya menulis semula. i'll keep my eyes on you--closely..