Wednesday, September 1, 2010

38 Ari dan Blood Bonded

Salam n hi.

Ticker kt calender opis sudah menunjukkan hanya berbelen 38 ari saja lagi.


Perasaan? Bohong sunatlah kalo aku ckp aku relek. Giler ape relek. Aku dah cuak+neves+menggelabah puyuh.

Nak2 senin lepas the beloved sepupu merangkap pengapit yakni si Izyan yg tengah hyper suke nak mati jumaat neh habis on the job praktikal lalu cuti smp ujung tahun ko nk kne tampor ng aku ape cuti lama2??!! Pastu masuk petronas. Giler heaven ko cuti xwat pape lalu beliau tgh hyper sukati nk jd host parti bujang aku.

Beliau tgh kawtim ng kazen2 aku yg lain seperti radiah, kak na ng suraya utk seleberet aku. Siler bawak hadiah yg best2 ye. Parti ini bukanlah parti sgt. Poyo je lebey guna ayat parti. Cuma ada makan2 ng beberapa gem yg aku rasa aku akan dikenakan to the max.

Chat2 ng izyan, beliau masih tidak percaya aku akan berkahwin. Saper percaya weh. Ko bayangkan dari kecik2 aku si pembuli tarik rambut dak2 neh smp bengkak2 kepale, asal nampak aku sume bantai lari, abg nan siap bawak kayu nk mempertahankan rambut izyan dari jd mangsa keganasan rumah tangga aku.

Tido sekatil ng depa, selimut yg gabak besar share. Bangun subuh, selimut tuh aku sorang2 konker, menggelupur sejuk dak2 neh. Aku mmg giler kuasa. Lesson learned, skg neh sume bawak selimut sendiri. Ohohoho~

Skang neh aku dah sedikit ayu, sopan (lah sangat). Stended aa. Manusia berubah. So biler aku nak kawen, sedikit sebanyak ada sedey. Xdapek lagi nk tido sekatil ng dak2 neh kt kampung melainkan suami aku (lepas 38 ari), izinkan aku menggedik tido ng dak2 neh, dan beliau tido ng kazen2 laki aku yg lain kt atas.


Perasaan seronok pon ada sebab dah ada laki. Ahahah!~ Sukati aku nk peluk dia di khayalak ramai. Dah ada orang tido sebelah aku. Nak jalankan tanggungjwab baru. Nak tambah mak ng ayah. Ada ipar duai. Bertambah kampung even skg neh aku dah mulakan sesi melobi raya tahun depan nk raya kampung aku kt rembau dl walopon aku dah nampak muke encek bakal suami mcm nk melobi raya 1st laki bini harus balik johor. 

Okeh. Enaf said. Sile lihat gambar di bawah:
Inilah butang baju melayu encek bakal suami yg aku pilih. Bling2 gitu. Aku mau beliau nampak glemer time nikah. Bukan aku sorang je bling2 baju nikah manik kemain g tp aku juge maukan encek bakal suami turut kne tempias bling2. Lokasi beli: Kedai yg salu aku dok citer kt Semua House tuh. Segala macam pesen butang baju melayu ada. Dari semurah2 belas ringgit hingga ke ratus ringgit. 

Oh butang di atas ini sbnrnya ada design dalam bentuk subang. Kalo korang free hair, ley la beli. Kirenya sepasang subang ng butang baju melayu.

K lah. Pjg plak menceceh.


Daaa.

3 comments:

fikaryna said...

wah..mmg bling2..xkan pantin pompuan jer mau glamer..hehe..

Nora Aira said...

cantik. pastikan OP jangan lupa ambik jarak dekat masa pakai nanti tau hehe =)

Puan T said...

fikaryna: yaaa aku mmg nk encek bakal suami turut giler glemer.

nora: noted!!~