Sunday, September 12, 2010

Kenapa Famili Aku Tak Ikot Adat

Salam n hi.

Di mana tanah dipijak, di situ adat dijunjung.

Okeh. Aku rasa ramai yg baca entri aku sebelum neh sedikit erm bajet aku boasted sb x ikot sgt adat nogoghi. Mak aku orang nogoghi, bapak aku orang melaka, aku ng adik aku lahir kt klinik sambhi tuh kt kl nun.

Aku sgt2 bangga menjadi antara waris nogoghi dan melaka. Siyes xtipu.

Biarlah orang kata - xsuke pompuan nogoghi sb kalo kawen ng depa, akan hilang harta. Wakkluuuuu~~ Itu dl beb, skang mana ade. Melainkan tanah pusaka/ harta pusaka. Haa itu masih ikot. Dan dalam geran tanah ape bagai akan mention asal suku ape.

Biarlah orang kata - xsuke orang melaka sb mulut mmg jamban habis. Laser, cakap kasar. Bagi aku, itu lagi elok dari mulut bahasa baik tp ati busuk gilak.

Kenapa mak aku xikot adat. Meh aku citer asal usul keturunan waris den.

Kakak sulung bapak aku mempunyai suami yg aku pggl Pakcik Kasim. Alaaaa Kasimmm~~~ Pakcik Kasim aku dok Seremban sana. Dia merupakan bekas ketua kampung dan bekas penjaga adat kt Istana Sri Menanti.

Utk majlis kawen aku, dengan bebesar ati parents aku melantik beliau menjadi penjaga protokol hal2 berkaitan adat yg mudah dan buley diterima pakai. Pakcik Kasim aku neh sgt2 terbuka. Sudah berumur 80, tp masih kuat dan gagah.

Semalam sempat singgah Seremban sebelum pulang ke serdang utk mengambil sket kata2 nasihat dari beliau. Ini penting sb beliau adalah elders famili.


Saper2 yg advance blaja sejarah akan tau bahawasanya nogoghi ada 12 suku. Mak aku dari salasilah suku 4 Ibu yg turut dikenali sbg Seri Melenggang. Oleh itu secara otomatik aku pon suku tersebut. Seri Melenggang bukanlah suku bangsawan. Kami adelah rakyat2 biasa saja. 

Atas sebab itu, tidak diwajibkan utk keturunan suku kitorg ikot adat pepatih masa berkahwin. Pakcik Kasim pon ckp - xperlah..kiter ikot mana yg mudah dan mana yg dah dijanjikan masa bertunang dulu. Kalo suku bangsawan mcm Suku Biduanda, mereka wajib ikot adat sb depa dijaga oleh Buapak dan Luak.

Masa bapak aku nk kawen ng mak aku dl, arwah atuk aku (abah bapak aku) soh Pakcik Kasim jadi spy. Sebab? Sebab arwah atuk dpt tau bahawasanya abang sulung mak aku adelah bekas anak murid arwah atuk aku kt SITC (nama glemer skg adelah UPSI).


Dulu2 walopon berkapel, salunya orang tua akan hantar sorang spy utk siasat latar belakang bakal menantu. Saper orang tua dia, ape keje dia, mana tinggal dia ape sumelah. Mcm tuh lah Pakcik Kasim aku wat masa bapak aku nak kawen ng mak aku dl.


Time tuh Pakcik Kasim interview Paklang aku (abang mak aku no3). Paklang adelah polis. Pakcik Kasim saje2 dtg then menyamar orang luar baru dtg rembau padahal teeetttt.. dia dah tau itu abang mak aku.


Minggu kedua barulah Pakcik Kasim aku berterus terang tujuan asal bla bla bla biler Pakcik Kasim dah kompiden bahawasanya famili mak aku ok. Paklang aku ckp - laaa kami xkesah..kami pon xikot adat sangat. Kalo budak2 dah suka, teruskan aje.


Kirenya utk majlis aku neh, Pakcik Kasim akan berjasa lagi sekali dengan menjadi pembuka bicara sebelum akad. Bapak dah siap2 kasitau bape mas kawen dan ape pemberian dari bakal suami aku selepas akad.

Aku setuju kalo orang kata adat pepatih komplikated. Betul. Banyak bona eh mondo nk kono ikot. Kene prepare kain kaler kuning, tiraikan kt satu rumah. Makanan kene bertutup ng tudung saji berkain kaler kuning. 

Kalo dah biasa wat xper, kalo xbiasa, meleleh air idong. Jujur cakap, aku mmg tabik spring kt mana2 pengantin yg ikot adat pepatih sb sebenarnya adat neh unik. Cantik. Dan rasa sgt2 tradisional. Jadi utk saper2 b2b kt luar sana yg bakal mengaplikasikan adat pepatih, all the best!!~

Okeh. Habis kesah adat. Takziah kepada keluarga Datuk Sosilawati. Semoga tabah. Al-fatihah.


Daaa.

No comments: